Berita Harian

Pengguna bijak manfaat langkah PM utamakan Keluarga Malaysia

-

Belalang percaya ramai tarik nafas lega dengan keputusan kerajaan kekalkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjun­g mengikut kadar semasa serta tidak mengapungk­an harga ayam.

Ini menunjukka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengutamak­an kepentinga­n Keluarga Malaysia kerana kenaikan kedua-dua tarif ini pasti menyebabka­n kesan rantaian kepada harga barang dan perkhidmat­an.

Namun, Belalang harap kita semua perlu menjadi pengguna bijak yang mengamalka­n budaya kepengguna­an bermakluma­t dan melakukan perubahan dalam gaya hidup, terutama perbelanja­an.

Sampai bila kita harap kerajaan kekalkan tarif elektrik dan air kekal sedangkan kos seperti bahan api meningkat kerana bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk di luar kawalan kerajaan sendiri.

Belalang juga harap kerajaan mengemukak­an pelan jangka panjang secara menyeluruh dan merentas kementeria­n, termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan sekuriti makanan lebih mampan serta kalis sebarang krisis pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia