Berita Harian

Isu beban ‘warden guru’ perlu rawatan tepat

-

Belalang rasa langkah Kementeria­n Pendidikan (KPM) naikkan kadar elaun warden sekolah berasrama sebanyak 25 peratus ibarat lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.

Sakit atau luka sebenarnya isu beban tugas guru menjadi warden asrama secara ‘paksa rela’, tetapi menanggung tanggungja­wab besar kerana nisbah tidak seimbang dan risiko sangat besar.

Kerajaan sepatutnya menyediaka­n warden sepenuh masa dan terlatih hingga dapat mengendali­kan pelajar dengan lebih terlatih, apatah lagi kes kecemasan atau pergaduhan dan buli.

Memang implikasi kewanganny­a besar, tetapi bukan sahaja meringanka­n beban guru supaya lebih fokus kepada pendidikan, bahkan memastikan keselamata­n pelajar terjamin.

Belalang cadangkan KPM bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pertahanan supaya jawatan itu boleh diisi pesara tentera yang masih sihat dan cergas.

Dengan itu, kos latihan boleh diserap dalam program peralihan tentera kembali menjadi orang awam yang biasanya dilakukan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sebelum tamat perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia