Berita Harian

Kenaikan elaun warden bantu tingkat kualiti kerja, ringan beban

-

Seremban: Langkah Kementeria­n Pelajaran (KPM) menaikkan kadar elaun warden asrama sekolah, disifatkan sebagai langkah jangka pendek yang dialu-alukan warga pendidik, selepas 25 tahun kadar itu tidak disemak.

Selain isu elaun, kebajikan guru yang menjadi warden asrama sekolah juga perlu dibantu dalam aspek undang-undang kerana mereka terdedah kepada tindakan saman oleh ibu bapa, jika berlaku sesuatu di asrama.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iguru) Mohd Azizee Hasan, berkata KPM juga perlu memberi perhatian kepada usaha mengurangk­an beban tugas guru warden dengan mewujudkan guru warden sama seperti guru pusat sumber dan tidak dibebankan dengan bebanan akademik yang berat.

“Selain itu, kajian nisbah warden dengan murid juga perlu dibuat, iaitu dengan mengecilka­n nisbah warden sedia ada iaitu seorang warden menjaga 50 murid kepada hanya 40 murid sahaja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, mengumumka­n kadar elaun warden di sekolah berasrama bawah KPM akan dinaikkan sebanyak 25 peratus mulai 1 Ogos ini, selepas kali terakhir disemak pada 1997.

Mohd Azizee berkata, langkah itu dapat meningkatk­an kualiti kerja guru warden dan meringanka­n beban yang ditanggung.

“Satu hakikat yang perit ialah guru warden berdepan dan terdedah dengan tindakan saman ibu bapa jika berlaku sesuatu di asrama.

“KPM perlu memastikan kebajikan guru warden terbela dan terjaga, bukan sahaja daripada imbuhan material, tetapi juga dari sudut peruntukan undang-undang dengan menggubal akta keguruan yang dapat menjamin nasib guru,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjun­g Malaysia (KKGLMSM), Mustafa Kamal Husin, menyifatka­n kenaikan itu sekurang-kurangnya memberi pengiktira­fan kepada guru menjadi warden asrama dan dibebani dengan tugas yang berat selama ini khususnya mengawal disiplin pelajar asrama.

“Kesatuan sangat menyokong langkah ini kerana sebelum ini kesatuan pernah mencadangk­an supaya elaun warden dinaikkan, tetapi ditolak ketika itu atas alasan beban kewangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia