Berita Harian

Polis tahan 10 suspek kes buli pelajar Tingkatan Dua

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

Semua penuntut direman empat hari bagi bantu siasatan

Teluk Intan: Polis menahan 10 pelajar sebuah sekolah menengah di sini bagi membantu siasatan kes buli hingga mendatangk­an kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sekolah sama.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid, berkata suspek berusia 16 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.20 malam Khamis lalu dan kemudian diperintah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Katanya, semua pelajar terbabit direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Beliau memaklumka­n, polis menerima laporan berhubung kes itu pada jam 9.40 malam Khamis lalu daripada mangsa yang mendakwa dibuli 10 pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 1 pagi sebelumnya.

“Seorang suspek didakwa membawa mangsa ke bilik asrama dan kemudian memukulnya secara beramai-ramai serta mencederak­an mangsa menggunaka­n seterika panas pada badan. Mangsa kemudian menghubung­i ibunya dan mengadu sakit bahagian pinggang.

“Ibu mangsa selepas itu membawa anaknya ke hospital. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat cemburu terhadap mangsa kerana berbual dengan seorang pelajar yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pelajar Tingkatan Dua berkenan kini sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Perak

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia