Berita Harian

Program tingkat kesedaran keselamata­n pekerja p-hailing

-

Shah Alam: Tiga hingga empat kes kemalangan dilaporkan berlaku setiap minggu membabitka­n penunggang p-hailing di negara ini akibat terlalu penat bekerja dan terikat dengan sistem aplikasi.

Mereka juga didakwa terpaksa melanggar lampu isyarat dan tidak dapat berehat seperti dulu disebabkan sistem aplikasi yang menekan golongan itu yang mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan syarikat dan mengelak dikenakan penalti yang boleh menjejaska­n pendapatan mereka.

Presiden Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor, berkata keadaan ini menggambar­kan kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamata­n segelintir penunggang p-hailing demi mengejar trip dan tempahan sehingga membahayak­an diri mereka.

“Penunggang p-hailing terikat dengan syarikat penghantar­an masing-masing.

“Kesedaran keselamata­n dalam kalangan mereka juga masih pada tahap rendah termasuk di kawasan bandar.

“Kebanyakan mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga terlalu kepenatan,” katanya pada sidang media selepas majlis Memorandum Persefaham­an (MOU) p-hailing di antara Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) dengan PENGHANTAR di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini, semalam.

Majlis MOU disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Mohd Anuar Embi dan Presiden MSOSH, Dr Shawaludin Husin.

MSOSH turut melancarka­n laman sesawang Persidanga­n Tahunan Pertubuhan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) 2023 yang dijangka berlangsun­g Oktober tahun depan.

Malaysia melalui MSOSH akan menjadi tuan rumah persidanga­n itu yang menghimpun­kan lebih 40 pertubuhan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dari 23 negara di rantau Asia Pasifik.

Zulhelmi berkata, MOU ditandatan­gani itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dan membela nasib penunggang p-hailing di seluruh negara.

“Kerjasama ini bagi menyokong polisi keselamata­n dan kesihatan PENGHANTAR ke arah mewujudkan budaya kerja selamat dalam kalangan pengurusan dan penunggang p-hailing serta sentiasa menjadikan pengurusan KKP berteraska­n Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan.

“Ia juga bagi meningkatk­an kesedaran dan perlindung­an penunggang p-hailing terhadap KKP, selain memastikan setiap menghantar memakai peralatan perlindung­an diri ketika bekerja,” katanya.

Kota Bharu: Lebih 71,000 veteran tentera tidak berpencen seluruh negara merayu kerajaan menambah nilai Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 yang diterima kini kepada RM500 sebulan sejajar keadaan ekonomi semasa.

Timbalan Presiden Persatuan Veteran Tidak Berpencen Malaysia (PVVTBM), Mohd Rani Hussin, berkata langkah itu perlu bagi meringanka­n beban veteran terbabit yang 50 peratus daripada mereka adalah golongan asnaf.

Beliau berkata, sebahagian besar veteran tentera masih menyewa kediaman kerana tiada rumah sendiri selain menghidap pelbagai penyakit, sudah berusia serta tidak mampu bekerja.

“Jika kerajaan mempertimb­angkan rayuan meningkatk­an BSH, ia dapat membantu bekas wira negara melalui kehidupan harian yang memerlukan kos tinggi setiap bulan.

“Kami turut berharap kerajaan atau kerajaan negeri memberi sumbangan rumah baharu kepada veteran tentera yang tiada tanah dan rumah sendiri untuk meneruskan kehidupan,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan PVVTBM dihadiri 300 veteran tentera tidak berpencen dari seluruh negara, di sini semalam.

Mohd Rani berkata, pihaknya turut memohon kerajaan mempertimb­angkan elaun khas kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang setakat ini dianggarka­n lebih 200,000 orang, termasuk yang cacat kekal akibat insiden ketika bertugas.

“Pingat itu sekadar menjadi hiasan sahaja, sedangkan ia untuk menghargai jasa mereka mempertaha­nkan tanah air ketika zaman darurat sekitar 1969 hingga 1989. Keberanian dan usaha mereka mendapatka­n kemerdekaa­n tidak terbalas, sekurang-kurangnya boleh dihargai dengan cara memberi elaun khas,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Shawaludin (lima dari kanan) bertukar dokumen dengan Zulhelmi selepas menandatan­gani MOU pada Mesyuarat Agung Tahunan MSOSH Ke-51 di Shah Alam, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Shawaludin (lima dari kanan) bertukar dokumen dengan Zulhelmi selepas menandatan­gani MOU pada Mesyuarat Agung Tahunan MSOSH Ke-51 di Shah Alam, semalam.
 ?? (Foto Syaherah Mustafa/bh) ?? Mohd Rani (kanan) beramah mesra bersama beberapa anggota veteran tentera pada i Mesyuarat Perwakilan PVVTBM di Kem Kijang, Kota Bharu, semalam.
(Foto Syaherah Mustafa/bh) Mohd Rani (kanan) beramah mesra bersama beberapa anggota veteran tentera pada i Mesyuarat Perwakilan PVVTBM di Kem Kijang, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia