Berita Harian

Korban banjir di Bangladesh meningkat

-

Dhaka: Jumlah kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 73 orang dengan lima dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam lalu, kata pegawai pada Jumaat.

Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Sebanyak 49 kematian akibat lemas, manakala selebihnya maut antaranya disebabkan disambar petir, dipatuk ular, cirit-birit, penyakit kulit dan tanah runtuh.

Banyak kawasan masih ditenggela­mi air dan berjuta-juta penduduk di kawasan terpencil terkandas, termasuk kanakkanak dan warga emas ketika menunggu untuk mendapatka­n barangan bantuan, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Pesuruhjay­a Sylhet, Md Mojibur Rahman, berkata kerajaan telah memperuntu­kkan bantuan mencukupi bagi mereka yang terjejas, sambil menambah disebabkan gangguan komunikasi, beberapa penduduk yang terkandas di kawasan terpencil tidak dapat dihubungi.

Sehingga kini, banjir yang semakin buruk itu telah menjejaska­n 13 daerah di Bangladesh, memusnahka­n banyak kawasan pertanian serta menjejaska­n kehidupan berjuta-juta orang dengan kebanyakan­nya sebelum ini pernah ditimpa banjir besar pada bulan lalu.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia