Berita Harian

‘Pesawat AS di Selatan Taiwan ancam keamanan’

-

Shanghai: Tentera China menyifatka­n kehadiran pesawat maritim Amerika Syarikat (AS) di Selat Taiwan sengaja mengganggu keadaan serantau dan menggugat keamanan serta kestabilan.

Jurucakap Tentera Pembebasan Rakyat Bahagian Timur, Kolonel Shi Yi, berkata pihak tentera mengatur pasukan udara dan darat untuk memantau operasi pesawat AS, kelmarin.

Beliau berkata, pihak tentera mengambil tindakan tegas dalam menentang perbuatan AS, sekali gus meletakkan pihak keselamata­n kekal dalam keadaan berjagajag­a.

Tentera laut AS bagaimanap­un belum memberikan maklum balas berhubung kenyataan tentera China itu.

Selat Taiwan sering menjadi punca ketegangan tentera sejak kerajaan Republik China melarikan diri ke Taiwan pada 1949 selepas kalah dalam perang saudara dengan komunis sebelum tertubuhny­a Republik Rakyat China.

Sebelum ini, menurut China, negara itu mempunyai kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Selat Taiwan, namun AS dan Taiwan menegaskan bahawa selat yang memisahkan pulau itu daripada China adalah laluan air antarabang­sa. REUTERS

Penduduk melihat keadaan rumah yang rosak selepas banjir di Companygan­j Upazila, di Bangladesh.

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia