Berita Harian

Lebih 900 kanak-kanak dijangkiti hepatitis akut

-

Geneva: Tiga puluh tiga negara melaporkan 920 kes berkemungk­inan hepatitis akut yang teruk dalam kalangan kanak-kanak setakat ini, melonjak daripada 270 kes pada Mei, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Menurut WHO, Eropah menyumbang separuh daripada kes berkemungk­inan, termasuk 267 kes dari United Kingdom, manakala satu pertiga daripada kes berkemungk­inan dari Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia telah menyiasat peningkata­n misteri dalam kes hepatitis yang teruk atau keradangan hati pada kanak-kanak.

Wabak itu pertama kali dilaporkan pada April di Britain dan sejak itu ia melanda puluhan negara lain.

Pegawai kesihatan AS berkata jangkitan adenovirus, virus biasa dalam kalangan kanak-kanak adalah hipotesis utama untuk kes berkenaan.

Data WHO terkini adalah pada 22 Jun dan mengecuali­kan empat negara dengan kes dilaporkan masih belum diklasifik­asikan.

Daripada 422 kes yang mana maklumat berkaitan jantina dan umur tersedia, hampir separuh berlaku kepada kanak-kanak lelaki, dengan kebanyakan­nya di bawah umur enam tahun, menurut laporan itu. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia