Berita Harian

Shanghai lapor sifar kes kali pertama sejak Mac

-

Beijing: China semalam melaporkan sifar jangkitan COVID-19 di Shanghai buat kali pertama sejak Mac lalu apabila wabak itu reda selepas beberapa bulan sekatan pergerakan dikenakan.

China, negara ekonomi utama terakhir yang masih komited dengan strategi sifar COVID-19 menangani kes baharu dengan gabungan penutupan bersasar, ujian mega dan kuarantin yang panjang.

Hab ekonomi Shanghai terpaksa dikenakan sekatan selama berbulan-bulan ketika lonjakan COVID-19 pada musim bunga, didorong varian Omicron yang merebak pantas, manakala Beijing menutup sekolah dan pejabat selama berminggu-minggu.

Jangkitan semakin berkuranga­n dalam beberapa hari kebelakang­an ini dengan Shanghai semalam melaporkan sifar kes penularan tempatan buat kali pertama sejak permulaan wabak pada awal Mac.

“Tiada kes domestik baharu COVID-19 yang disahkan dan tiada jangkitan asimtomati­k domestik baharu di Shanghai pada 24 Jun 2022,” menurut satu kenyataan.

Sekatan ke atas 25 juta penduduk Shanghai hampir ditarik balik pada awal Jun, tetapi bandar itu kemudian bergelut untuk kembali normal dan jutaan penduduk dikenakan sekatan pergerakan lagi dua minggu lalu selepas kerajaan mengarahka­n ujian besar-besaran dilakukan.

Di Beijing, sekatan yang pertama dikenakan pada Mei telah dilonggark­an apabila kes menurun, tetapi diperketat­kan lagi bulan ini selepas kluster jangkitan berkaitan aktiviti malam muncul.

Beijing melaporkan dua jangkitan tempatan baharu semalam. China menegaskan dasar sifar COVID-19 adalah perlu untuk mencegah tekanan terhadap

Beberapa papan penghalang diletakkan di sesetengah kawasan dalam usaha membendung COVID-19 di Shanghai.

penjagaan kesihatan dengan pegawai menunjukka­n sumber perubatan yang tidak sekata dan kadar vaksinasi rendah dalam kalangan warga tua sebagai kebimbanga­n utama.

Bagaimanap­un strategi itu menjejaska­n ekonomi kedua terbesar di dunia dan penguatkua­saan ketat juga mencetuska­n protes jarang berlaku. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia