Berita Harian

Presiden Tunisia diancam

-

Tunis: Kementeria­n Dalam Negeri Tunisia mengesahka­n Presiden Kais Saied kini menjadi sasaran ‘ancaman serius’ selepas 11 bulan rampasan kuasa berlaku.

Jurucakap kementeria­n itu, Fadhila Khelifi, berkata pihaknya mengakui berlakunya ancaman serius berdasarka­n maklumat boleh dipercayai.

“Berdasarka­n maklumat yang boleh dipercayai dengan siasatan masih dijalankan, presiden republik itu dan jawatan presiden sebagai sebuah institusi adalah sasaran ancaman serius.

“Kita dapati terdapat kumpulan di dalam dan luar negara sedang merancang untuk menyasarka­n keselamata­n presiden serta mahu merosakkan keselamata­n negara selain mewujudkan huru-hara di negara Afrika Utara,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, pemimpin politik berhaluan kiri terkemuka yang juga penentang Saied, Ahmed Nejib Chebbi, meragui dakwaan terbabit.

Ahmed Nejin berkata, pihaknya mendakwa ia hanya untuk mewajarkan penangkapa­n baharu selain membalas dendam terhadap pesaing ketua negara itu. AFP

Pasukan keselamata­n Sepanyol berkawal di pagar sempadan dengan Magribi di Melilla bagi menghalang kemasukan pendatang.

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia