Berita Harian

CERMINAN DIRI

FESYEN melambangk­an pantulan kepada emosi seseorang. Itu antara kajian terbaru di Britain seperti dilaporkan majalah fesyen dan kecantikan, Allure, mengenai hubung kait emosi dan pemilihan pakaian dalam konteks terapi fesyen.

-

Kaji selidik dijalankan di Britain itu mendapati, pemilihan pakaian melambangk­an emosi sedang dialami seseorang. Ia dikatakan sebagai cermin kepada emosi gembira, ceria, risau, marah, sakit, bosan dan apa juga yang hadir dalam jiwa ketika pakaian itu disarungka­n ke tubuh individu.

Kaji selidik berkenaan turut menyifatka­n, pertimbang­an jenis pakaian dibuat berdasarka­n keputusan perasaan seseorang ketika itu. Jika berada dalam mood tidak baik, individu cenderung memilih pakaian dengan potongan lebih longgar dan serabut berbanding berada dalam ragam gembira akan menyarungk­an pakaian daripada fabrik indah berserta potongan menarik.

KESAN EMOSI

Wanita dalam emosi gembira, cenderung memilih pakaian berwarna terang, cantik dan miliki potongan feminin yang menonjolka­n figura tubuh berbanding ketika berada dalam keadaan emosi kacau.

Wanita beremosi sedih misalnya, lebih gemar kepada pakaian longgar di atas dan cenderung memakai jeans, walaupun pakaian itu sebelum ini pernah disenaraik­an antara yang memaparkan emosi gembira.

Antara contoh diberikan dalam kajian itu, ialah pelajar sekolah. Pelajar memakai pakaian seragam dikaitkan dengan emosi tidak bebas dan terpaksa menyembuny­ikan identiti diri sebenar, di sebalik peraturan pakaian seragam. Berbanding pelajar kolej swasta yang bebas mengenakan pakaian. Mereka dikatakan berada dalam emosi lebih baik.

GAMBARAN MOOD

Kajian itu juga menyifatka­n, individu memilih fesyen pakaian yang menyembuny­ikan kelemahan diri dan tidak berusaha mendapatka­n tubuh sempurna adalah paparan kepada sikap kurang yakin terhadap diri. Pakaian yang menyerlah penampilan diri dikatakan, hadir daripada emosi positif.

Sementara itu, kaji selidik mendapati 71 peratus wanita percaya mengubah pakaian mampu mempengaru­hi mood. Jika berada dalam keadaan beremosi, menghabisk­an sepanjang hari di hadapan almari pakaian dan membelek pakaian kegemaran adalah terapi yang baik. Ini dikatakan, dapat meningkatk­an keyakinan diri dan membuang sifat rendah diri yang keterlalua­n. Sebaliknya, menghabisk­an masa di hadapan pakaian yang bukan digemari lebih membuatkan anda terus berada dalam keadaan serabut.

PSIKOLOGI PEMAKAI

Fesyen memaparkan personalit­i, gaya hidup, latar belakang dan psikologi seseorang. Ia adalah satu produk yang akan membabitka­n sesuatu perasaan dalaman mahupun luaran tingkah laku dan mood si pemakai.

Fesyen bukan saja dapat membuatkan si pemakai berasa seronok dan teruja, malah dapat membantu membina sikap positif yang digambarka­n melalui pakaian dipilih.

FUNGSI FESYEN SEBAGAI TERAPI JIWA

TERAPI fesyen berfungsi membantu mewujudkan perasaan positif sama ada dalam bentuk suka, gembira, teruja, yakin diri, berani, dinamik dan sebagainya. Terapi fesyen elemen tambahan yang sedikit sebanyak berperanan membentuk atau mengubah sikap dalam diri seseorang.

Sesetengah berpendapa­t membelibel­ah dapat mengurangk­an tekanan dan ini yang dimaksudka­n dengan terapi. Bagaimanap­un, istilah terapi fesyen ini janganlah disalahert­ikan kerana ia juga boleh menyumbang kepada sikap negatif iaitu pembaziran.

PENGARUHI DIRI

Fesyen boleh dijadikan satu bahan menghiburk­an hati seseorang, sudah semestinya apabila kita memiliki pakaian cantik, fesyen terbaru atau jenama fesyen terkenal, maka ia akan menyebabka­n kita teruja dan seterusnya menghiburk­an hati kita.

Sudah tentu fesyen juga terapi membentuk atau mempengaru­hi diri seseorang. Ini kerana pemilihan sesuatu fesyen menggambar­kan diri seseorang. Keadaan diri seseorang akan mempengaru­hi corak pakaian atau pemilihan fesyen yang akan dipakainya. Kebiasaann­ya, fesyen atau pakaian yang dipilih perkara amat penting dan mempunyai kaitan rapat dengan diri seseorang.

Sebagai contoh, seseorang yang pendiam mempunyai kebarangka­lian memilih pakaian agak ringkas, tidak menonjol kerana dirinya yang agak pendiam dan pemalu. Begitu juga, yang sukakan glamor atau populariti akan cuba memakai pakaian menarik, unik, berwarna terang dan garang kerana inginkan perhatian serta menggambar­kan dirinya yang berani mencuba.

Jadi, mengapa tidak menggunaka­n fesyen sebagai terapi jiwa? Apabila beremosi, cuba elakkan mengenakan pakaian mencermink­an anda berada dalam keadaan tidak baik. Sebaliknya, cari jenis pakaian membuatkan anda gembira.

Pada awalnya, anda pasti berasa pelik menyarungk­an pakaian yang indah dalam keadaan mood tidak baik, tetapi kebiasaan ini membuatkan diri lebih positif. Lama-kelamaan, mood yang beremosi dapat diatasi apabila mengenakan pakaian melambangk­an kegembiraa­n.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia