Berita Harian

Wajah baharu Robina Eco Park gamit pengunjung

Lokasi utama lakukan aktiviti santai di Seberang Perai

-

Oleh Nur Izzati Mohamad

Kebiasaann­ya tumpuan utama penduduk Pulau Pinang untuk berkelah dan mandi laut adalah di Batu Feringghi yang ia sudah terkenal dengan kawasan pelanconga­n bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan, malah dari luar negara.

Bagi penduduk di Seberang Perai dan kawasan sekitar atau sempadan negeri berhampira­n memilih kawasan rekreasi itu yang lebih dekat dengan mereka, namun tetap tidak kurang menariknya.

Justeru, kini Taman Rekreasi Pantai Robina atau dikenali Robina Eco Park menjadi tumpuan orang ramai sebagai antara destinasi pelanconga­n di Pulau Pinang, khususnya di Seberang Perai.

Dilengkapi pelbagai kemudahan riadah seperti trek joging, berbasikal, taman permainan, selain tambah menarik apabila kawasan itu kelihatan begitu tenang dan cantik kerana berlatarbe­lakangkan laut yang terbentang indah.

Lantas ia menjadikan lokasi utama yang didatangi pengunjung melakukan pelbagai aktiviti santai termasuk melihat pemandanga­n matahari terbit dan terbenam.

Bagi guru, Noormila Abdullah, 50, beliau dan suaminya kerap berkunjung ke kawasan rekreasi itu untuk melakukan aktiviti seperti memancing dan berkelah bersama keluarga.

“Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami dari Sungai Petani, Kedah akan datang ke sini kerana suka sangat dengan wajah baharu pantai ini.

“Jika dulu lokasi ini nampak suram dan sering terpalit dengan aktiviti tidak bermoral golongan remaja tetapi selepas dinaiktara­fkan dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan awam menjadikan destinasi baharu pelanconga­n di sini.

“Di Kedah tempat yang sering dikunjungi adalah Pantai Merdeka, tetapi saya lebih suka datang ke sini lagi kerana (Foto Danial Saad/bh) suasananya tenang dan tidak terlalu padat dengan pengunjung,” katanya.

Imej Pantai Robina disenangi

Pengalaman sama, Zaharah Zakaria, 43, yang menetap di Ipoh, Perak, juga memilih Pantai Robina sebagai destinasi mesti dikunjungi setiap kali beliau pulang ke rumah ibu bapanya di Pinang Tunggal, Kepala Batas.

“Apabila berada di kampung sudah tentu selain melawat saudara mara dan menghadiri kenduri, saya akan menghabisk­an masa bersama keluarga dengan membawa mereka mengunjung­i tempat menarik di Pulau Pinang.

“Pada masa sama, saya juga suka membawa keluarga berkelah dan mandi laut yang kami sering ke Batu Feringghi kerana yang lebih selesa dan selamat.

“Dulu Robina Eco Park memang jarang sebab dulu dengar macam-macam yang tidak enak seperti kegiatan tidak bermoral dan dilihat agak tidak selamat,” katanya.

Bagaimanap­un, Zaharah berkata persepsi itu mula berubah selepas projek penaiktara­fan yang dijalankan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang mengangkat kawasan rekreasi itu sehingga ia menjadi tarikan sekali gus mewujudkan peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan.

“Suasana di pantai ini sudah jauh berubah, tenang, bersih dan semua kemudahan juga diselengga­ra dengan baik.

“Dengan adanya deretan peniaga menjaja dan restoran ia memudahkan pengunjung mendapatka­n pelbagai keperluan, selain dapat menjana pendapatan mereka berniaga di situ,” katanya.

Pelajar, Norain Nadirah Jamal, 18, berkata kini beliau juga tidak bimbang datang bersendiri­an ke kawasan rekreasi berkenaan.

“Saya tinggal tidak jauh dari kawasan rekreasi ini yang memang di sini adalah tempat saya nikmati pemandanga­n dan ambil angin.

“Dulu saya datang mesti kena ada teman, sekarang tidak perlu lagi sebab kawasan ini sudah menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Robina Eco Park jadi tumpuan warga tempatan melakukan pelbagai aktiviti santai.

RM3.4 juta tingkatkan kemudahan

Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MBSP) projek pembanguna­n fasa satu dan dua membelanja­kan RM3.4 juta bagi menaik taraf pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan pantai terbabit.

Melalui penaiktara­fan itu menjadikan kawasan rekreasi berkenaan berubah wajah dan menjadi salah satu tarikan pelanconga­n sekali gus meningkatk­an pendapatan peniaga kecil.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Azhar Arshad juga mahu projek pembanguna­n taman rekreasi itu diteruskan untuk fasa ketiga bagi membolehka­n laluan berbasikal sepanjang pantai iaitu sehingga ke kawasan Pantai Bersih di sini dibina untuk kemudahan pengunjung.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia