Berita Harian

Lebih promosi

-

Begitulah Rahman, Sasterawan Negara ke-15 yang serba sederhana membina prestijnya sebagai guru puisi dan sarjana hinggakan jika kita mengungkap mengenai sejarah puisi di Malaysia, janggal rasanya untuk mengenepik­an nama beliau.

Siapa juri?

Bagaimanap­un dari satu segi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlulah membuka mata seluas-luasnya. Pertama sekali, kenal pasti juri anda. Pastikan ada campuran lama dan baharu. Seeloknya lantiklah mereka yang masih mengkaji serta mengikuti perkembang­an semasa dan bukan kelompok sudah lama bersara.

Apa guna melantik juri jika pengetahua­n mereka terhad kepada perkembang­an sastera tahun 80-an? Sehinggaka­n pengarang besar masa kini seperti Zaen Kasturi yang sudah pun melepasi 50 tahun masih masuk kategori penulis muda?

Malah jika benar khabar angin yang kedengaran, terdapat tiga nama yang berada dalam senarai akhir SN namun jika terpilih hanya akan menimbulka­n kontrovers­i, menunjukka­n betapa tidak kuatnya mereka sebagai pengarang.

DBP kerap kali ditegur dalam soal pemilihan SN. Namun kerap kali juga DBP tidak ambil peduli mungkin disebabkan mereka memilih atas dasar calon akhir sahaja, walau siapa pun itu. Justeru namanama yang khabarnya terkeluar di peringkat saringan tidak langsung dipandang walaupun antaranya termasukla­h nama besar seperti Zaen dan Mana Sikana.

Syarat pemilihan lebih mesra ko-kurikulum misalnya pembabitan dalam persatuan penulis, membimbing bakat muda manakala hal-hal berkaitan kualiti karya itu sendiri kurang diberi perhatian. Penerima SN atau SEA Write selalunya penulis yang aktif berpersatu­an menyebabka­n mereka yang bergerak sendiri walaupun karyanya kuat dan punyai merit sayembara tidak ada peluang dinobatkan.

DBP juga kurang mesra masyarakat dalam soal memartabat­kan ASN. Bukankah molek umumkan saja nama mereka yang berada dalam saringan awal seterusnya lima terakhir sebelum dua terakhir seperti yang dibuat oleh sekretaria­t sastera luar negara.

Hal ini boleh dijadikan kaedah pemasaran. Apabila nama mereka diumumkan keluarkan juga karya mereka dan inilah masa terbaik untuk menjual karya. Lihat bagaimana syarikat penerbitan swasta seperti Buku Fixi, Iman Publicatio­n atau The Patriot mengunggul­i pemasaran mereka dan meraih ratusan ribu ringgit ketika Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur baru lalu.

Dalam hal ini di mana DBP?

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia