Berita Harian

Pantun dan irama dalam warisan Melayu Sarawak

-

Oleh Farif anak Jamin

Kuching: Ruang serambi meriah dengan paluan gendang yang bertingkah-tingkah dengan baris pantun dijual beli. Sesekali kedengaran irama biola dan akordian merancakka­n suasana.

Di Sarawak, suasana itu biasa ditemui terutama ketika acara keramaian seperti majlis perkahwina­n atau berkhatan. Dikenali sebagai bermukun, ia adalah acara tradisi yang menjadi sebahagian warisan budaya orang Melayu di sana. wilayah di Sarawak yang popular dalam tradisi bermukun termasukla­h Bekenu, Miri, Mukah dan sebagainya.

Sesuai dengan kedudukann­ya yang menggabung­kan alat muzik dan unsur sastera seperti pantun, maka ia dijadikan sebagai medan untuk mendidik dan mengkritik generasi muda. Namun kaedahnya dibuat dengan lebih santai iaitu menerusi hiburan. Malah sebenarnya, bermukun juga dijadikan medium pemikiran cinta sama ada tersurat mahupun tersirat.

Diiringi irama

Mukun dalam bahasa

Melayu Sarawak merujuk kepada bekas daripada kayu, perak atau kristal untuk menyimpan barang seperti barang kemas. Namun tidak dapat dijelaskan dengan tepat mengapakah perkataan itu digunakan bagi merujuk acara keramaian sebegini.

Sebelum ini, tradisi bermukun umumnya berlangsun­g pada malam sebelum majlis persanding­an berlangsun­g. Namun hari ini sesuai dengan perubahan zaman, bermukun juga sudah dikomersia­lkan apabila ia turut dipersemba­hkan pada majlis umum misalnya acara kelolaan kerajaan negeri.

Terdapat tiga elemen penting dalam bermukun iaitu Seh Gendang, Menopeng dan Bertandak.

Seh Gendang adalah sekumpulan wanita seramai dua atau tiga orang yang duduk di sebalik tabir. Mereka berperanan sebagai pemukul gendang sambil menyanyika­n pantun.

Di ruang hadapan, sekumpulan orang lelaki akan duduk menunggu. Ruang tengah berdekatan tabir dikosongka­n untuk penari atau ‘penandak’ menari bersama-sama pasangan masing-masing. Kemudian, kaum lelaki akan menari secara bergilir-gilir.

Di sesetengah tempat, bermukun turut diiringi pemain biola atau akordion. Umumnya, irama dimainkan oleh penggesek biola yang akan menjadi ikutan Seh Gendang ketika berpantun dan bermukun.

Menopeng dalam bermukun pula merujuk kepada penari lelaki yang memakai topeng ketika menari. Istilah ini awalnya merujuk kepada penari yang pemalu dan memerlukan topeng ketika menari. Namun topeng itu bukanlah hanya menutup muka tetapi kadang kala separuh badan kerana topeng yang digunakan umumnya hanyalah kain pelekat. Istilah menopeng itu kekal digunakan hingga kini walaupun ada sesetengah penari yang tidak lagi memakai topeng sebaliknya hanya meletakkan kain pelekat di bahu saja.

Dari sudut sosiobuday­a, dalam erti kata mudah bermukun ini boleh dianggap sebagai aktiviti berbalas pantun secara spontan. Bermukun ini ada bezanya dengan warisan lain yang ada di Semenanjun­g.

Uniknya dalam bermukun ia bermula sebaik saja gendang berbunyi. Setelah itu, pantun mula dijual beli dengan lirik spontan oleh mereka yang sedang bertandak.

Pantun spontan

Dari satu segi, pantun spontan adalah elemen yang sangat menarik dalam bermukun kerana ia menuntut si penari untuk membalas dengan pantas. Selain mungkin menghafal koleksi pantun Melayu, boleh saja pantun baharu dihasilkan secara spontan.

Hal ini menjelaska­n, pantun sebagai warisan tradisi lisan berkembang sejajar dengan zamannya. Apatah lagi dengan sifatnya yang halus dan indah, pantun menjadi antara lambang kebijaksan­aan orang Melayu. Menerusi bermukun, pantun kekal relevan malah menjadi sebahagian warisan yang dibanggaka­n.

Sebenarnya selain pantun dalam bermukun, dunia sastera di Malaysia mempunyai banyak potensi untuk berkembang. Hal ini kerana ia adalah rakaman pemikiran, perasaan, emosi, cita rasa dan gambaran kehidupan yang mewakili kemanusiaa­n. Tanpa mengira apa genre pun, ia seharusnya dihargai kerana mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperliha­tkan sikap dan pandangan pengarang.

Jadi seni, warisan dan sastera ini tidak boleh dipisahkan malah ia akan tetap menjadi hal yang menginspir­asikan dalam penghasila­n karya yang akan datang. Jangan dipandang rendah sesuatu hasil sastera ini kerana ia kelak akan jadi suatu seni warisan kepada generasi akan datang. Bak kata pepatah Melayu harimau mati meninggalk­an belang, manusia mati meninggalk­an nama.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia