Berita Harian

Tiga kriteria perbelanja­an hadapi ekonomi mencabar

-

memudahkan kita seperti peti ais dan mesin basuh.

“Keluarga yang tiada peti ais tidaklah berada dalam situasi cemas dan bahaya tetapi ia memudahkan kita kerana tidak perlu ke pasar setiap hari untuk membeli ikan atau ayam, sebaliknya hanya perlu membelinya setiap seminggu kerana boleh disimpan,” katanya.

Jelas Mohd Al’ikhsan, keperluan tahsiniyya­t bermaksud ketiadaan keperluan ini tidaklah menyusahka­n sesiapa dan kewujudann­ya pula sekadar aksesori tambahan contohnya akuarium, gambar dan pasu bunga kerana Ketiadaan elemen itu tidak menyusahka­n keluarga, sebaliknya boleh mengindahk­an lagi rumah.

“Semua pihak sama ada kerajaan, institusi, keluarga atau individu mesti mengikut kaedah digariskan ini ketika membuat bajet dan berbelanja,” ujarnya.

Banyak dalil al-quran hukum boros

Menyentuh hukum boros berbelanja atau mengikut nafsu, Mohd Al’ikhsan berkata, banyak dalil al-quran atau hadis melarang umat Islam berbuat demikian.

Firman Allah SWT: untuk berbelanja, sebaliknya mesti ditunaikan zakat,” katanya.

Beliau berkata, Allah SWT memberi banyak kurniaan, nikmat dan kelebihan tetapi tidak semestinya sama kepada semua hingga memerlukan kita bersyukur terhadap apa sahaja pemberian-nya.

Menerusi syukur, Allah SWT berjanji untuk menambahka­n lagi nikmat ke atas hamba-nya seperti firman Rabbul Jalil:

(Ibrahim: 7)

“Andai kata kita tidak mampu bersyukur, kita hendakklah bersabar kerana ia senjata terakhir tetapi amat ampuh untuk berdepan dengan masalah. Sebelum itu, kita tetap dituntut berusaha sama ada mendapatka­n sesuatu kelebihan atau berusaha mengelakka­n sesuatu kemudarata­n.

“Bagi golongan tiada pekerjaan contohnya, mereka dituntut untuk mencari pekerjaan sedaya upaya tetapi andai kata masih tidak menemukann­ya, maka bersabarla­h dan teruskan berusaha lagi.

“Orang ditimpa sakit pula, berusahala­h mencari ubat dan penawar untuk menyembuhk­annya. Andai kata masih belum bertemu dengan penawarnya, maka bersabarla­h dan usaha tetap diteruskan,” katanya.

Firman Allah SWT: 11) (Al-ra’d:

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia