Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

Antony beri bayangan

Ajax menyambung kembali latihan pramusim bersama pengurus baharu, Alfred Schreuder namun tanpa pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Antony.

Pemain sayap itu menghabisk­an dua tahun di bawah Erik ten Hag dan mahu menyertain­ya di Old Trafford.

Rabiot ke Liverpool?

Nama pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot kini dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool.

Menurut The Telegraph, Rabiot berdepan kesukaran di Turin dan mahu berhijrah ke Liga Perdana, terutama ke pasukan seperti Liverpool, Chelsea, Manchester City atau Tottenham.

Secara umumnya, dia mahu bermain dalam Liga Juarajuara.

Zaniolo sasaran Spurs Tottenham dilaporkan sudah mengadakan perbincang­an dengan Roma bagi mendapatka­n Nicolo Zaniolo.

Spurs mahu membuat perubahan besar dalam skuad mereka selepas layak ke Liga Juarajuara dan Antonio Conte mahu berada lama di kelab berkenaan.

Mereka juga sudah mendapatka­n Ivan Perisic, Fraser Forster dan Yves Bissouma.

De Ligt dalam dilema Matthijs de Ligt tidak meminta untuk berpindah walaupun cuba keluar dari kelab berkenaan selepas gagal bersetuju dengan kontrak baharu di Turin.

Pemain Manchester United berusia 37 tahun itu menjadi seorang daripada nama terbesar dalam sukan berikutan persembaha­n menakjubka­n, selain tempoh masa yang panjang.

Dan seperti dilaporkan betting. com, dia juga menjadi bintang sukan global paling ‘dicari’ di internet.

Secara purata, nama Ronaldo dicari kira-kira 11 juta kali sebulan.

Ia hampir lima juta melebihi carian terhadap bintang American Football, Ryan Ramczyk.

Pemain berusia 28 tahun itu menerima 6.1 juta carian sebulan, sedikit melebihi penyerang Paris Saint-germain, Neymar dengan 5.8 juta.

Kemudian diikuti legenda NBA, Lebron James dengan 5.3 juta.

Pencabar utama Ronaldo sejak sekian lama, Messi di tangga kelima dengan 4.8 juta carian berikutan pemain Argentina itu kurang tahap ‘selebriti’ berbanding bintang Porrtugal itu.

Selepas Messi ialah juara tujuh kali Super Bowl, Tom Brady dengan 4.3 juta.

Seterusnya adalah pasangan pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dan Max Verstappen.

AGENSI

 ?? ?? Cristiano Ronaldo
Ryan Ramczyk
Neymar
Lebron James
Messi
Cristiano Ronaldo Ryan Ramczyk Neymar Lebron James Messi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia