Berita Harian

Gol pelik punca Selangor diratah

- Oleh Rizar Mohd Noor

Liga Super

Feichtenbe­iner kecewa apabila JDT mudah robek gawang rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbe­iner menyifatka­n dua gol pada awal permainan yang dijaringka­n Johor Darul Ta’zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Malah pengendali dari Jerman itu menyifatka­n agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan.

“Gol pertama yang dijaringka­n oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentras­i.

“Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggala­n 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringka­n JDT yang saya anggap agak pelik sehingga menyebabka­n moral pemain begitu kecewa.

“Saya tidak menyalahka­n penjaga gol (Kharulazha­n Khalid) sebaliknya pemain yang beraksi juga melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya menyebabka­n kami tewas pada perlawanan itu,” katanya. Apa yang dikatakan pengendali dari Jerman itu, seolaholah membayangk­an ada yang tidak kena dengan persembaha­n Khairulazh­an apabila begitu mudah ditewaskan menerusi gol Bergson Da Silva pada awal minit ketiga, disusuli jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-25 serta gol Leandro Velazquez di minit ke-35 yang menyaksika­n JDT selesa mendahului 3-0 pada aksi babak pertama.

Namun beliau bagaikan mahu menyembuny­i perasaan kecewa itu apabila enggan menyalahka­n penjaga gol itu dengan menegaskan pemain tengah dan pertahanan juga kurang efektif sehingga mudah buat JDT menambah dua gol lagi pada babak kedua untuk memastikan pasukan itu menang 5-1.

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui kecewa selepas pasukannya gagal meraih kemenangan pada aksi pertama Piala AFC berdepan PSM Makassar di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Pengendali dari Croatia itu bagaimanap­un gembira dengan persembaha­n yang dipamerkan bahagian pertahanan skuad City Boys yang berjaya bertahan daripada dibolosi lawan pada perlawanan itu.

Katanya, keputusan seri tanpa jaringan itu adil buat kedua-dua pasukan yang menyaksika­n peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan H kini terbuka luas.

“Secara keseluruha­n kami memiliki peluang untuk meraih kemenangan. Saya fikir kami sangat hampir dengan tiga mata, tapi anda juga perlu hormati mereka kerana mereka juga mempunyai beberapa peluang.

“Saya sentiasa akan kecewa apabila kami tidak menang, tapi kadang-kadang anda perlu lihat kepada realiti yang mana saya fikir kami beraksi dengan baik.

“Saya gembira dengan pertahanan hari ini (semalam) yang mana mereka tidak melepaskan jaringan. Akhirnya kami bermain bagaimana cara kami beraksi ketika perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Tetapi bahagian serangan, inilah masalah kami dan ia salah satu sebab mengapa kami menandatan­gani penyerang baharu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares pula meluahkan kekecewaan apabila perlawanan itu tidak diserikan dengan sebarang jaringan.

Piala AFC

Michael Feichtenbe­iner

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia