Berita Harian

Aidil anggap anak buah pamer aksi terbaik

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin Sahak tetap bangga dengan persembaha­n yang ditampilka­n barisan pemainnya walaupun membuka saingan Piala AFC dengan langkah kiri, kelmarin.

Skuad Sang Kenari tewas 2-0 di tangan kelab Indonesia, Bali United dalam aksi pertama Kumpulan G di Stadium Kapten I Wayan Dipta.

Aidil bagaimanap­un menegaskan bahawa pasukannya sudah memberikan aksi terbaik dengan ramai pemain muda disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan itu.

“Saya fikir secara keseluruha­n pemain bekerja keras kerana ini adalah pasukan baharu, ramai pemain muda dalam kesebelasa­n utama.

“Kami, terutamany­a pemain muda belajar sesuatu pada perlawanan hari ini (kelmarin) dan saya bangga dengan apa yang mereka lakukan.

“Apabila berdepan pasukan tuan rumah, mereka memiliki kelebihan dan mendapat sokongan menakjubka­n dari penyokong. Pengalaman yang baik seperti ini bagus untuk masa depan dan perlawanan seterusnya,” katanya.

Kekalahan itu meletakkan anak buah Aidil di tangga tercorot kumpulan, sementara Bali United menghuni kedudukan teratas.

Visakha yang turut mengumpul tiga mata selepas menewaskan Kaya Iloilo 2-1 berada di kedudukan kedua.

KDA seterunya akan berdepan Kaya Iloilo di Stadium Kapten I Wayan Dipta, esok yang mana ia menjadi misi wajib menang untuk Sang Kenari menghidupk­an peluang ke peringkat seterusnya.

Pemain Kedah, Ronald Ngah (kanan) diasak pemain Bali United pada aksi Piala AFC kelmarin.

 ?? (Foto FB Kedah Darul Aman FC) ??
(Foto FB Kedah Darul Aman FC)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia