Berita Harian

PESTAK keluar MSC

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) menerima tamparan hebat selepas Persatuan Sepaktakra­w Negeri Kedah (PESTAK) memutuskan untuk keluar dan tidak lagi menjadi ahli gabungan badan induk itu.

Perkembang­an itu dikongsika­n Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan yang memaklumka­n sudah menerima permohonan daripada PESTAK, kelmarin untuk kembali bernaung dengan badan induk berkenaan.

“Saya dimaklumka­n bahawa PESTAK sudah menarik diri daripada MSC dan mengemukak­an permohonan untuk menjadi ahli gabungan PSM semalam.

“Selaras dengan Perlembaga­an PSM Fasal 8.1, Jawatankua­sa Tertinggi PSM pada dasarnya

Muhshin (tengah) muncul juara acara lebuh raya pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Manong, Perak semalam.

Kejohanan Berbasikal Kebangsaan

sudah menerima permohonan berkenaan hari ini (semalam) dan akan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Tertinggi dalam masa terdekat.

“PSM menyambut baik keputusan PESTAK dan berharap dengan keterlibat­an dan kebersamaa­n PESTAK di dalam PSM, akan memberikan sumbangan besar kepada pembanguna­n sukan sepaktakra­w di dalam negara,” kata Sumali dalam satu kenyataan, semalam.

PESTAK sebelum ini adalah salah satu daripada enam ahli gabungan yang membentuk MSC selain Persatuan Sepak Takraw Selangor; Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutua­n Putrajaya; Persatuan Sepak Takraw Sarawak; Persatuan Sepak Takraw Perlis dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutua­n Labuan.

Shahidan beramah mesra dengan atlet senior, pelapis dan jurulatih olahraga ketika lawatan sesi latihan di Stadium Mini MSN, kelmarin.

Sukan SEA Kemboja

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi) ??
(Foto Saifulliza­n Tamadi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia