Berita Harian

Pintas saat akhir

-

Kuala Lumpur: Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhsin Al Redha Misbah meneruskan dominasi pasukan itu dalam acara lebuh raya di Kejohanan Berbasikal Kebangsaan apabila menjuarai perlumbaan yang berlangsun­g Manong, Perak semalam.

Selepas Muhammad Nur Aiman Rosli mengunggul­i acara ujian masa individu buat kali ketiga berturut-turut kelmarin, giliran Muhsin menyerlahk­an potensinya apabila memintas pelumba Terengganu Polygone Cycling Team, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki pada saat akhir untuk menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 3 jam 48 minit 34 saat (s).

Amirullah terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee dari Roojai Continenta­l Team, ketiga.

Muhsin berkata, kejayaan kali ini sangat istimewa buat dirinya berterima kasih kepada rakan pasukan yang berusaha keras memastikan gelaran juara kekal milik TSC.

“Saya gembira kerana dapat memastikan kemenangan ini dan usaha kerja keras yang dilakukan rakan pasukan berbaloi.

“Saya tahu ia satu perlumbaan yang sukar dan susah untuk kami memang jika perlumbaan tamat dalam kelompok besar.

“Jadi kami bekerja keras untuk memastikan dapat menempatka­n diri dalam kelompok pecahan dan meletakkan diri dalam kedudukan sebaik mungkin.

“Kami terus menghambat pelumba di depan pada penghujung perlumbaan dan bila sampai waktunya saya mengerah keringat sepenuh tenaga untuk menang.

“Alhamdulil­lah, saya amat bersyukur kerana dapat memenangin­ya untuk pasukan. Ia tidak mungkin berlaku tanpa sokongan mereka (berkat sokongan rakan pasukan),” katanya.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut Sapura memenangi acara lebuh raya di kejohanan kebangsaan selepas Saari Amri mengunggul­i saingan tahun lalu dan Akmal Hakim Zakaria pada 2020.

Sukan Komanwel

 ?? (Foto Ihsan Sharonjane Liau (TSG)) ??
(Foto Ihsan Sharonjane Liau (TSG))

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia