Berita Harian

Impian Shahidan, KOM

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyusun langkah awal apabila meletakkan sasaran untuk membawa pulang 10 pingat emas di Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsun­g dari 5 hingga 16 Mei tahun depan.

Presiden KOM, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata beliau yakin matlamat itu mampu dicapai berdasarka­n potensi atlet negara yang ada ketika ini.

“Saya cakap perkara ini kerana saya yakin, kita mempunyai ramai atlet cuma prestasi mereka tidak berapa bagus. Jadi kita kena usaha sikit dan kena yakin.

“Jangan putus harapan sebab daripada 41 pingat emas yang ditawarkan dan kita pula tak buat apa-apa itu satu benda yang tidak wajar.

“Kita letakkan matlamat dulu dan kemudian kita usaha untuk capai. Pandangan negatif yang tak percaya itu kita betulkan dan kita lihat masa pertanding­an nanti,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama atlet dan jurulatih buat kali sejak kembali menerajui KOM pada 12 Jun lalu.

Dalam pada itu, Shahidan memaklumka­n beliau akan mengadakan perbincang­an dengan barisan jurulatih untuk kembali membentuk kuartet 4x400 meter bagi mengembali­kan kegemilang­an acara itu yang Malaysia meraih emas di Sukan SEA Korat 2007 ketika beliau menjadi presiden.

“Saya mahu lihat acara ini menjadi penyumbang pingat kepada negara secara berterusan di Sukan SEA,” kata Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n.

Terdahulu, pada pertemuan bersama atlet elit dan pelapis negara di Stadium Mini MSN kelmarin, beliau gembira melihat semangat juang atlet yang sentiasa mahu melakar pencapaian yang lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia