Berita Harian

BAM kekal sasaran dua emas

-

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 tetap mengekalka­n sasaran dua pingat emas biarpun turun tanpa kelibat jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia yang menarik diri daripada temasya berkenaan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria percaya pemain lain yang akan menggalas cabaran negara di Birmingham mempunyai semangat yang tinggi bagi meneruskan tradisi sukan itu di pentas Sukan Komanwel yang akan berlangsun­g pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

“Ketika ini sudah pasti kita meletakkan sasaran dua (emas), namun kami akan perincikan lagi pelan di Sukan Komanwel nanti,” kata Norza ketika ditemui selepas Perhimpuna­n Agung Majlis Olimpik Malaysia ke-41 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam.

Saingan di Sukan Komanwel menyaksika­n badminton menawarkan enam pingat emas termasuk satu dalam acara berpasukan campuran.

Tanpa kehadiran Zii Jia, tanggungja­wab bagi menghadirk­an kilauan emas kini terarah kepada barisan pemain beregu iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-soh Wooi Yik; beregu wanita, Pearly Tan-m Thinaah dan dua beregu campuran, Chan Peng Sooncheah Yee See serta Tan Kian Meng-lai Pei Jing.

Pada edisi terakhir di Gold Coast, empat tahun lalu, skuad badminton menyumbang­kan dua emas menerusi bekas jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk

Lee Chong Wei dan beregu wanita, Vivian Hoo-chow Mei Kuan.

Tempat Zii Jia di Sukan Komanwel kali ini digantikan dengan pemain muda negara, Ng Tze Yong yang berada di kedudukan ranking ke-48 dunia.

Dalam pada itu, Norza mahu pengarah kejurulati­han perseorang­an, Wong Choong Hann untuk melipatkan gandakan usaha bagi mengukuhka­n lagi sektor perseorang­an lelaki negara yang dilihat masih jauh ketinggala­n di belakang kelompok utama dunia.

“Kini, tanggungja­wab besar untuk Choong Hann dan pasukannya untuk mempersiap­kan skuad perseorang­an lelaki secepat mungkin, kita mahukan lebih ramai pemain dilahirkan supaya kita dapat hantar pasukan yang terkuat untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia