Berita Harian

Arif Aiman RM1.4 juta

- Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Saham pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi naik sekali ganda apabila nilai pasarannya kini diletakkan pada harga £270,000 (RM1.4 juta) berbanding £135,000 (RM728,365) pada November tahun lalu.

Nilai pasaran terbaru pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diletakkan oleh laman www. transferma­rkt.co.uk pada bulan lalu dan ia menyamai nilai seorang lagi pemain Harimau Selatan, Safawi Rasid.

Tanda harga Safawi bagaimanap­un mengalami penurunan berbanding nilai pasaran yang diletakkan bagi pemain berusia 25 tahun itu pada November tahun lalu iaitu £293,000 (RM1.5 juta).

Peningkata­n nilai pasaran Arif Aiman sebenarnya sudah dijangka selepas dia memenangi anugerah berganda pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21), tahun lalu.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik, selain muncul pemain termuda merangkul anugerah utama, iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP).

Malah, bintang muda yang baru berusia 20 tahun itu turut berjaya membantu JDT mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Asia (ACL) tahun ini.

 ?? (Foto ihsan FB Johorsouth­erntigers) ?? Sukan 46
(Foto ihsan FB Johorsouth­erntigers) Sukan 46
 ?? ?? Sukan 46
Sukan 46

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia