Berita Harian

Penternak perlu akur keputusan kerajaan

-

Kuala Lumpur: Persatuan penternak perlu akur dengan harga siling ayam yang akan ditetapkan kerajaan selepas ini, selepas memutuskan harga bahan mentah itu tidak diapungkan.

Penasihat Persekutua­n Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, berkata penetapan harga, termasuk di ladang itu tertakluk kepada keputusan kerajaan.

“Kita tidak tahu lagi harga selepas ini kerana semuanya tertakluk kepada kerajaan dan setakat ini kami juga tidak dimaklumka­n apa-apa lagi.

“Bagaimanap­un, apa juga harga yang ditetapkan kerajaan, pihak kami dan kerajaan akan adakan perbincang­an terlebih dahulu kerana mahu melihat kesesuaian.

“Cuma ketika ini, tiada lagi sebarang perbincang­an dapat dibuat kerana kerajaan juga masih tiada apa-apa keputusan lagi,” katanya kepada BH, semalam.

Jumaat lalu, kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia