Berita Harian

Harga siling ayam dijamin tak lebih RM15 sekilogram

-

Kuala Berang: Kerajaan memberi jaminan harga siling baharu ayam yang akan diumumkan kelak, tidak akan melebihi RM15 sekilogram seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata kerajaan sentiasa mengambil kira kepentinga­n pengguna dan kelangsung­an peniaga secara seimbang dalam membuat penetapan harga itu.

Susulan itu, katanya, harga siling baharu itu kelak dilihat sebagai situasi saling menguntung­kan antara pengguna dan penggerak industri ternakan terbabit.

“Memang akan berlaku sedikit peningkata­n berbanding harga siling sebelum ini, iaitu RM8.90 sekilogram kerana kita mengambil kira lonjakan kos dialami penternak.

“Bagaimanap­un, harga baharu kelak masih mampu dibeli pengguna kerana jika mahal, sudah tentu permintaan berkuranga­n.

“Penggerak industri menyedari hal ini dan bagi memastikan situasi saling menguntung­kan, kerajaan akan memastikan harga siling ayam tidak membebanka­n pengguna,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Iman dan Bilal Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.

Rosol berkata, KPDNHEP dalam proses melengkapk­an siasatan membabitka­n isu caj sampingan seperti caj menangkap ayam di ladang, pemotongan dan sebagainya.

Menyentuh bekalan minyak masak paket satu kilogram, beliau berkata, kuota ketika ini ialah 60,000 tan sebulan dan kerajaan menyedari permintaan semakin meningkat susulan kenaikan harga minyak masak botol antara RM7 hingga RM8 setiap kilogram.

“Kita sudah memohon kuota tambahan 10,000 tan daripada Kementeria­n Kewangan bagi memenuhi keperluan, namun keputusan bergantung kepada kementeria­n berkenaan,” katanya.

Memang akan berlaku sedikit peningkata­n berbanding harga siling sebelum ini

 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ?? Peniaga ayam melayan pelanggan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Fathil Asri/bh) Peniaga ayam melayan pelanggan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? ?? Rosol Wahid,
Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia