Berita Harian

Pengurusan kewangan baik mampu bebas hutang

-

Kuala Lumpur: Jika individu lain menanggung hutang ratusan ribu ringgit akibat jerat kad kredit, situasi berbeza dialami mereka yang memiliki pengurusan kewangan yang baik apabila mampu bebas hutang walaupun memiliki sejumlah kad kredit.

Penjawat awam, Dzulmajdi Md, 33, tidak pernah menanggung hutang kad kredit sejak menggunaka­nnya enam tahun lalu walaupun kini memiliki tujuh kad kredit aktif dan digunakan setiap bulan untuk mengisi petrol dan beli-belah atau makanan, tertakluk pada manfaat ditawarkan setiap kad kredit.

“Saya pernah memohon banyak kad kredit untuk dapat hadiah percuma dan pernah menerima baucar RM400, dron dan bagasi, namun saya tidak pernah berhutang sejak menggunaka­n kad kredit pada 2016 kerana sentiasa bayar tepat pada waktu.

“Saya guna semua kad kredit ini untuk petrol, beli-belah dalam talian, gajet elektronik, bayar bil dan insurans dengan jumlah perbelanja­an sekitar RM2,000 sebulan,” katanya mengakui beliau pengguna tegar kad kredit, namun tidak bimbang risiko hutang.

Dzulmajdi berkata, beliau mengamalka­n pengurusan kewangan yang baik, antaranya memastikan penggunaan yang khusus untuk kad kredit itu dimohon, selain menetapkan had penggunaan.

“Contohnya jika isi minyak RM200 sebulan, pastikan hutang kad itu tidak lebih RM250. Lebih penting, jangan lambat bayar atau hanya bayar minimum kerana nilai penggunaan kad kredit akan bertambah dan berisiko dikenakan penalti 18 peratus.

“Jika nilai pembelian besar, semak kad mana yang boleh digunakan untuk membuat bayaran dengan bayaran faedah kosong peratus untuk enam, 12, 18, 24 atau 36 bulan,” katanya.

Kakitangan swasta, Liyana Adnan, 32, yang juga ibu dua anak, menggunaka­n kad kredit sejak 2018 mengikut kemampuan diri bagi memastikan tiada hutang terkumpul, berpegang prinsip kad kredit bukan untuk berhutang, sebaliknya memudahkan pembelian, khususnya barangan dari luar negara.

“Saya juga guna kad kredit untuk beli barang atau bayar perkhidmat­an tawarkan rebat seperti isi minyak. Pernah dapat rebat RM18 hingga RM30 yang dikreditka­n terus ke dalam kad kredit. Setiap pembelian pula dicatatkan untuk memastikan kadar digunakan tidak melebihi had kemampuan.

“Had itu berdasarka­n baki wang selepas tolak semua komitmen bulanan. Lebih penting, saya sentiasa bayar tepat masanya,” katanya.

Liyana Adnan

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia