Berita Harian

Polis kesan saksi kejadian bagi bantu siasatan

-

Baling: Polis mengesan saksi kejadian kereta dinaiki seorang guru dan dua anaknya yang dipercayai terbabas dan menjunam ke dalam Sungai Muda di Jambatan Syed Omar di Jalan Sungai Petani-baling, kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shamsudin Mamat, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati nahas pada jam 6.30 petang itu membabitka­n kereta dipandu guru,

Masyitoh Ibrahim, 37 yang terbabas dan menjunam ke sungai.

“Semua mangsa ditemukan di dalam kereta yang tenggelam di sungai berkenaan.

“Mereka dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya semalam.

Shamsudin berkata, mangsa yang maut disahkan sebagai Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat yang akan dilakukan selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh.

Kereta berkenaan pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia