Berita Harian

3 beradik yatim piatu sekelip mata

Pasangan suami isteri maut Aprillia RSV4 rempuh MPV

- Oleh Rosli Ilham bhnews@bh.com.my

Chukai: Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan motosikal berkuasa besar di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-kuantan dekat persimpang­an Tanjung Jara, petang kelmarin.

Mohd Amirullah Mohd Abdika, 16, dan dua adiknya, Qistina Amalia, 13, dan Qasdina Afiqah, 8, kali terakhir sempat bercuti dengan ibu bapa mereka di Gunung Jerai, Kedah, pada Ahad lalu.

“Mulanya kami dibawa ayah dan ibu keluar makan di Bandar Kuala Terengganu, tiba-tiba ibu dan ayah mengajak kami ke Kedah dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Percutian itu sungguh menyeronok­kan dan tak sangka ia adalah kenangan terakhir kami adik-beradik bercuti bersama ibu dan ayah,” katanya.

Dalam kemalangan jam 5 petang kelmarin, ibu bapa remaja berkenaan, Mohd Abdika Razali, 36, yang juga peniaga ayam di Pasar Binjal, dan isterinya, Rabiatulad­awiah Saufi, 36, maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Aprillia RSV4 melanggar sebuah MPV yang keluar dari simpang.

Malah, Mohd Amirullah juga sedih apabila mengetahui ibunya sedang mengandung tiga bulan menerusi bedah siasat yang dilakukan, malam kelmarin.

“Saya sangat terkejut selepas doktor memaklumka­n ibu sebenarnya mengandung adik saya yang ketiga.

“Sebelum ini, ibu ada memaklumka­n dia mengandung dan saya bersama dua adik beradik sangkakan dia bergurau.

“Dia selalu bergurau begitu dengan kami pasal itu saya tak ambil pusing, namun selepas dimaklumka­n doktor saya bertambah sedih,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Binjal Kemaman.

Beliau berkata ibunya dijangka melahirkan anak keempat pada hujung tahun ini.

Ibu Rabiatulad­awiah, Rahani Ismail,

61, berkata arwah anaknya tidak memaklumka­n dia mengandung.

“Arwah tak beritahu dia mengandung ketika kali terakhir dia bawa saya berkelah di Pantai Teluk Kalong, Sabtu lalu.

“Saya akan memikul amanah untuk menjaga tiga cucu saya ini dan kami kami sekeluarga dan keluarga sebelah menantu berpakat dan akan menjaga cucu kami itu sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, Adnan Othman, 44, yang mengekori motosikal mangsa pada hari kejadian berkata sebuah kenderaan keluar secara tiba-tiba dari simpang dan Mohd Abdika membrek sehingga berasap tayarnya.

“Saya dan isteri (Azlia Alias, 41) berada di belakang dan kami berdua dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghadiri perhimpuna­n motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu. “Sebelum bertolak pulang, arwah Rabiatulad­awiah teringin nak makan kari kepala ikan di Telemong Hulu Terengganu dan mengajak saya dan isteri makan bersama,” katanya.

Dia dan isterinya bersetuju sambil bercadang pulang ke Kemaman menggunaka­n laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang jaraknya lebih dekat.

“Bagaimanap­un, arwah Rabiatulad­awiah tiba-tiba menukar rancangan dan meminta kami melalui jalan pantai (Kuala Terengganu-kuantan) dan mencari mana-mana kedai makan di sepanjang laluan itu.

“Saya dan isteri sempat mengajar mereka berdua mengucap sebelum nadinya terhenti diikuti isterinya kira-kira 10 minit kemudian.

“Saya sangat sedih, terutama mengenangk­an tiga anak arwah yang berusia 16, 14 dan 8 tahun yang kini menjadi yatim piatu,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapor, Binjai kira-kira jam 3 pagi semalam.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Mohd Amirulla bersama dua adiknya, Qistina Amalia (kiri) dan Qasdina Afiqah melihat gambar ibu bapa mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan ketika ditemui di rumah mereka di Chukai, semalam.
(Foto Rosli Ilham/bh) Mohd Amirulla bersama dua adiknya, Qistina Amalia (kiri) dan Qasdina Afiqah melihat gambar ibu bapa mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan ketika ditemui di rumah mereka di Chukai, semalam.
 ?? ?? Mohd Abdika
Mohd Abdika
 ?? ?? Rabiatulad­awiah
Rabiatulad­awiah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia