Berita Harian

Sikap peduli alam sekitar perlu bermula sekarang

-

Melaka: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, menegaskan sikap memelihara serta memulihara bumi tidak boleh dipandang enteng.

Baginda bertitah, zuriat serta generasi masa depan akan terancam jika dunia dipenuhi dengan kemusnahan, justeru sikap peduli terhadap alam sekitar perlu bermula dari sekarang.

Titah baginda, ini demi melestari dan mengekalka­n kehidupan sejahtera, bak kata pepatah Melayu ‘di mana ada kemahuan, di situ ada terbentang­nya jalan.’

“Dunia perlu dijaga, itu tanggungja­wab kita bersama. Dalam kata lain, peranan manusialah yang sebenarnya mencorak dan menjaga bumi ini. Sikap memelihara dan memulihara bumi ini tidak boleh dipandang enteng.

“Saya mengajak diri saya dan hadirin agar kita bersama-sama memainkan peranan menjadi warga dunia yang bertanggun­gjawab.

Jika bukan kita yang menjaga dunia ini, siapa yang hendak mempedulik­annya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidanga­n Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-57 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini, semalam.

Ketibaan Seri Paduka yang juga Penaung Diraja PPPM diiringi Yang Dipertua PPPM yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Timbalan Yang Dipertua PPPM yang juga Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Penaung PPPM Melaka, Toh Puan Asmah Ab Rahman; isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Munira M Yusop dan Ketua Pesuruhjay­a PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramania­m.

Seri Paduka sekali gus bertitah, tema persidanga­n PPPM kali ini, iaitu ‘Dunia Kita, Masa Depan Kita Bersama’ bertepatan dengan fungsi dan peranan sebagai makhluk Allah. BERNAMA

 ?? ?? Tunku Azizah Aminah Maimunah menghadiri Persidanga­n Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-57 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Ayer Keroh, semalam.
Tunku Azizah Aminah Maimunah menghadiri Persidanga­n Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-57 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia