Berita Harian

KKM keluar 335 kompaun kesalahan merokok

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengeluark­an 335 notis kepada individu serta pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok, membabitka­n kompaun berjumlah RM93,350, di sini, malam kelmarin.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli, berkata kompaun mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berkenaan dikeluarka­n menerusi operasi bersepadu penguatkua­saan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di ibu negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 284 notis dikeluarka­n bagi kesalahan pelanggara­n Peraturan 11(1) PPKHT, iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan, manakala 28 notis bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.

“Selain itu, 14 notis kompaun dikeluarka­n terhadap tuan premis yang tidak mempamerka­n papan tanda larangan merokok; tujuh lagi notis membabitka­n larangan merokok terhadap orang belum dewasa dan masing-masing satu notis kegagalan mempamerka­n larangan jualan tembakau kepada bawah umur serta jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar,” katanya, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia