Berita Harian

WARISAN sedia jalin kerjasama

-

Kota Kinabalu: Parti Warisan (WARISAN) sedia menjalin kerjasama dengan gabungan politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentinga­n rakyat negara ini.

Presidenny­a, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihak yang menang pada PRU-15 ialah parti pilihan rakyat, dan WARISAN menghormat­i keputusan itu dengan menjalin kerjasama menguntung­kan kepada rakyat di peringkat Persekutua­n dan juga Sabah.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, beliau menegaskan persefaham­an yang dibentuk itu mestilah kerjasama pintar serta tidak berat sebelah dan paling penting, meletakkan kepentinga­n rakyat mengatasi segala-galanya.

“Sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional atau Pakatan

Harapan, apabila rakyat sudah buat keputusan, kita kena hormat. Kita tidak boleh menafikan hak rakyat di negara ini. Tetapi saya tolak Langkah Sheraton. Lompat sana, lompat sini kerana itu bukan mandat yang diberikan rakyat.

“Selepas pilihan raya, rakyat putuskan, mahukan kestabilan politik, tetapi mesti ada kerjasama pintar,” katanya menerusi sesi

Presiden WARISAN perkongsia­n dalam talian kelmarin.

Mohd Shafie menjawab soalan seorang peserta sesi itu yang ingin tahu sama ada WARISAN mahu bekerjasam­a dengan BN untuk membentuk kerajaan, sekiranya gabungan politik itu memenangi PRU-15 dalam sesi perkongsia­n bertajuk ‘Gabungan dan Pakatan: Demi Rakyat atau Demi Poket’.

Beliau turut menegaskan langkah WARISAN melebarkan sayapnya ke Semenanjun­g tidak akan mengganggu perjuangan asal parti itu untuk membela rakyat dan negeri Sabah.

“Kita mesti bergabung dengan seluruh Malaysia. Presidenny­a (WARISAN) dari Sabah, tetapi isterinya orang Kedah.

“Kita sedang membina sebuah negara. Sudah berpuluh-puluh tahun gabungan politik berpecah, mungkin perlukan angin dari timur (untuk satukan),” katanya.

BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia