Berita Harian

Karnival Jom Heboh jadi program keluarga

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Penganjura­n di kawasan terbuka, lebih santai tarik minat pengunjung

Putrajaya: Karnival Jom Heboh (KJH) dua hari di Anjung Floria, Presint 4 yang berakhir semalam, dimanfaatk­an sebagai program keluarga untuk bersantai sambil meluangkan masa bersama.

Ada dalam kalangan pengunjung hadir ke karnival berkenaan sejak jam 8 pagi kerana tidak mahu melepaskan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena karnival berlangsun­g.

Tinjauan BH mendapati, pengunjung mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga di Pantai Floria selepas penat berjalan mengunjung­i gerai di KJH.

Iman Ainol, 33, penularan pandemik COVID-19 menyebabka­n beliau sudah lama tidak menghadiri sebarang karnival seumpama itu dan berpuas hati dengan penganjura­n KJH kali ini.

Beliau yang datang dari Kuala Lumpur berkata, penganjura­n KJH di kawasan terbuka yang sangat luas, sekali gus dapat mengelak orang ramai tertumpu pada satu tempat.

“Kalau dahulu lokasi KJH digunakan agak sempit, tetapi penganjura­n kali ini lebih banyak kawasan untuk beriadah sekeluarga, malah sesuai juga untuk membawa anak kecil bersama.

“Saya lihat laluannya mesra kanak-kanak dan warga emas kerana tiada jalan berbonggol, jadi senang ibu bapa bawa kereta sorong bayi mahupun mereka yang menggunaka­n kerusi roda,” katanya yang turut membawa anak berusia dua dan lima tahun.

Syafiqah Anuar, 25, pada mulanya agak ragu-ragu untuk

Pengunjung menghadiri karnival besar seumpama itu kerana masih takut dengan penularan COVID-19.

Namun, perasaanny­a bertukar lega selepas melihat kawasannya tidak sesak, walaupun orang ramai hadir ke karnival berkenaan kerana ia diadakan di lokasi terbuka dan luas.

“Karnival ini agak santai dan teratur, banyak tempat untuk berhenti rehat jika penat berjalan dan aktiviti diadakan juga sesuai dengan semua peringkat umur,” katanya.

Sehingga kelmarin, 150,000 pengunjung sudah menghadiri acara tahunan kegemaran ramai itu yang diadakan dua hari bersempena Hari Rekreasi Putrajaya.

Karnival anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini turut dimeriahka­n dengan khemah dari TV3, TV9, Didiktv, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, Oh Bulan, Seismik, Vocket, Wowshop dan tonton.

Turut memeriahka­n karnival ialah khemah The New Straits Times Press (NSTP) yang mewakili cabang percetakan MPB, menampilka­n tiga akhbar iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Tarikan utama KJH pada kali ini adalah belon udara panas yang membolehka­n pengunjung melihat sekeliling Putrajaya hanya dengan membayar RM1 menggunaka­n aplikasi Duitnow.

 ?? ?? Pengunjung mengambil kesempatan berswafoto di kios disediakan BH.
Pengunjung mengambil kesempatan berswafoto di kios disediakan BH.
 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Orang ramai mengunjung­i reruai Karnival Jom Heboh 2022 di Putrajaya, semalam.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Orang ramai mengunjung­i reruai Karnival Jom Heboh 2022 di Putrajaya, semalam.
 ?? ?? Antara aktiviti yang menarik disajikan kepada pengunjung pada karnival kali ini.
Antara aktiviti yang menarik disajikan kepada pengunjung pada karnival kali ini.
 ?? ?? Penganjur juga turut menyediaka­n acara mewarna untuk kanak-kanak.
Penganjur juga turut menyediaka­n acara mewarna untuk kanak-kanak.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia