Berita Harian

Remaja dilapor hilang sudah ditemui

-

Kuala Lumpur: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang hilang dari rumahnya di Kondominiu­m Sri Suajaya, Kampung Bandar Dalam, Sentul, sejak Isnin lalu, sudah ditemui di Bangi, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata remaja terbabit, Nur Hidayati Dueaijan Mazlan, ditemui selamat, namun beliau tidak mendedahka­n secara terperinci lokasi penemuan terbabit.

“Kami difahamkan remaja terbabit hilang kerana mahu mencari kerja dan hidup berdikari, namun kami tidak menolak kemungkina­n ia berpunca daripada sedikit salah faham antara ahli keluarga,” katanya kepada BH, semalam.

Eng Lai bagaimanap­un enggan mengulas lanjut sambil memberitah­u satu kenyataan media akan dikeluarka­n berhubung kes itu, dalam masa terdekat.

Kelmarin, BH melaporkan kehilangan Nur Hidayati selepas keluar dari rumahnya untuk ke kedai pada Isnin lalu, kira-kira jam 7.20 malam.

Bimbang keselamata­n remaja berkenaan, keluarga membuat laporan sehari selepas kehilangan­nya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia