Berita Harian

240 suspek terbabit kes dadah ditahan

-

Kota Bharu: Polis Kelantan menahan 240 individu menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan dalam tempoh seminggu bermula Isnin lalu hingga semalam.

Hasil operasi berkenaan turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 700 kilogram (kg) daun ketum dengan nilai keseluruha­n hampir RM100,000.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamamd Zaki Harun, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya mengenal pasti lokasi aktiviti dadah dalam usaha membantera­s tokan dadah.

Katanya, satu daripada serbuan dilakukan membabitka­n rampasan daun ketum di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pagi Jumaat lalu.

“Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaa­n di muatan belakang lori yang ditutup kanvas berjaya menemui bungkusan plastik hitam didalamnya terdapat 70 bungkusan daun hijau dipercayai daun ketum bernilai RM21,000.

“Kita turut menahan pemandu lori berusia 35 tahun dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dan positif methamphet­amine.

“Siasatan mendapati, bekalan daun ketum terbabit diperoleh dari Kedah dan dipercayai untuk dibawa ke Thailand,” katanya.

Ops Tapis adalah gerakan bersepadu PDRM dalam mengekang penyalahgu­naan dadah yang dilaksanak­an sejak Jun 2009.

Mengulas lanjut, Muhammad

Zaki berkata, menerusi serbuan dalam tempoh seminggu itu, pihaknya turut membuat sitaan bernilai RM57,000 termasuk sebuah lori.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan operasi berterusan bagi melakukan pembersiha­n di lokasi aktiviti dadah.

“Semua suspek ditahan disiasat mengikut pelbagai seksyen termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Orang ramai diminta menyalurka­n maklumat kepada polis bagi mengekang kegiatan dadah di negeri ini,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Muhamamd Zaki (dua dari kanan) menunjukka­n pelbagai jenis dadah serta daun ketum yang dirampas menerusi Ops Tapis Khas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Muhamamd Zaki (dua dari kanan) menunjukka­n pelbagai jenis dadah serta daun ketum yang dirampas menerusi Ops Tapis Khas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia