Berita Harian

Ambil tindakan pihak jadi punca hilang hak Batu Puteh

- Oleh Mohamed Farid Noh

Sidang DUN Johor

Pertikaian lebih serius ada laporan Singapura mula jalankan kerja penambakan farid_noh@bh.com.my

Iskandar Puteri: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang menyebabka­n negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh.

Beliau mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu terkhilaf apabila menarik balik rayuan tuntutan ke atas Batu Puteh yang bukan sahaja meninggalk­an satu duluan atau precedent buruk kepada negeri dan negara, malah mencatatka­n detik hitam dalam sejarah Malaysia yang berdaulat.

Katanya, memandangk­an Batu Puteh atau Pedra Branca kini memihak kepada Singapura, itu akan menimbulka­n pertikaian tuntutan bertindih kawasan maritim, apatah lagi jarak Batuan Tengah milik Malaysia hanya kira-kira satu kilometer (km) dari Batu Puteh.

“Pertikaian itu kini jadi lebih serius apabila laporan menyatakan Singapura sudah mula menjalanka­n kerja penambakan di Batu Puteh, sedangkan perbatasan maritim masih dalam rundingan dan belum dimuktamad.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tiada ruang untuk pemimpin mengambil ringan atau alpa dalam mempertaha­n kedaulatan negara, walau sekecil atau sekelumit manapun saiz kawasan yang menjadi rebutan, setiap inci perlu kita jaga dan pertahanka­n.

“Semoga tindakan undangunda­ng diambil ke atas pengkhiana­tan ini,” katanya ketika sesi penggulung­an pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini semalam.

Pada 16 Jun lalu, Sultan Johor,

Sultan Ibrahim Iskandar yang mengingatk­an Kerajaan Persekutua­n supaya menghormat­i perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu 1948 dan 1957, menegaskan baginda kecewa dengan keputusan membatalka­n rayuan tuntutan Batu Puteh pada 2018.

Titah Sultan Ibrahim lagi, Johor langsung tidak dirujuk sedangkan keputusan berkenaan membabitka­n tanah dan kedaulatan negeri ini, sekali gus baginda mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar kuasa negeri.

Onn Hafiz berkata, isu Batu Puteh membabitka­n kedaulatan dan maruah negara, malah Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pernah menyebut secara jelas batuan itu pernah menjadi milik Kesultanan Johor Lama.

“Persoalann­ya, siapa yang menasihati kerajaan membuat keputusan yang melulu, sedangkan Peguam Negara dicutikan ketika itu. Rakyat Malaysia, terutama Bangsa Johor amat mengambil berat dan pandang serius perkara itu. Mana mungkin maruah dan kedaulatan negara ini digadaikan begitu sahaja.

“Meskipun ada yang beranggapa­n Batu Puteh tiada kepentinga­n ekonomi yang signifikan. Kita tidak boleh nafikan kepentinga­nnya dari sudut kedudukan strategik Maritim,” katanya menambah, kehilangan Batu Puteh memberi kesan negatif kepada rakyat, terutama nelayan kerana sumber pendapatan mereka terjejas.

“Batu Puteh sebelumnya ialah kawasan perikanan penting bagi nelayan kita dan juga tempat mereka berteduh ketika ombak besar melanda. Bahkan ketika ini, Johor menerima laporan nelayan dihalau keluar dari kawasan berdekatan Batu Puteh oleh Pengawal Pantai Singapura,” katanya.

Dari sudut kepentinga­n strategik, katanya, walaupun hanya bersaiz sebesar padang bola 8,560 meter persegi, Batu Puteh terletak begitu dekat dengan Johor, iaitu 14.3km dari Tanjung Penyusup, berbanding 46km dari Singapura, selain di laluan utama kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Onn Hafiz ketika sesi penggulung­an pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Iskandar Puteri, semalam.

 ?? (Foto ihsan MEDKOM) ??
(Foto ihsan MEDKOM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia