Berita Harian

15 pesalah juvana cemerlang SPM

Pelajar SHGTMAS manfaat peluang kedua, mahu kembali menyusun kehidupan

- Oleh Nazri Abu Bakar

bhpendidik­an@bh.com.my

Melaka: Bukan mudah untuk mencipta kejayaan dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pesalah juvana ditempatka­n di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas (SHGTMAS), di sini.

Apatah lagi jika ada dalam kalangan mereka tidak pun tamat persekolah­an menengah malah ada yang sekadar habis Tahun Enam.

Namun, 15 pelajar SHGTMAS menggunaka­n peluang kedua untuk menyusun kembali hidup mereka. Kesemua mereka adalah sebahagian daripada 50 calon SPM 2021 di SHGTMAS yang masingmasi­ng mencatat 7A, 6A, 5A dan 4A dalam SPM yang diumumkan minggu lalu.

Pengarah SHGTMAS, Penolong Konversion­al Penjara (PKP) Azhar Ahmad, berkata seramai 75 murid mendaftar sebagai calon SPM dengan 50 menduduki peperik

Azhar bersama Ketua Unit Akademik SHGTMAS, Othman Markom dan pelajar cemerlang SPM SHGTMAS.

saan di sekolah terbabit. Bakinya sudah dibebaskan lebih awal dan masing-masing mengambil SPM di pusat peperiksaa­n negeri masingmasi­ng.

Azhar berkata, bukan mudah mendidik mereka selain memerlukan kesabaran setiap seorang mempunyai latar belakang gelap atas kesalahan dadah, mencuri dan jenayah seksual yang memerlukan bimbingan dan perhatian teliti dalam semua aspek termasuk emosi dan psikologi.

“Kami bentuk mereka dengan disiplin yang tinggi selain tentu saja kasih sayang seperti anak sendiri. Kelas akademik bermula bermula seawal jam 8 pagi tamat 1.40 petang. Kerja kumpulan dan latihan mereka dipantau termasuk pada hujung minggu,” katanya

Azhar berkata, walaupun setiap pelajar ditempatka­n di situ atas kesalahan juvana namun jika diberi peluang dan bimbingan mereka juga mampu memperoleh kejayaan.

Malah, seperti calon lain mereka turut berhadapan dengan impak Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menyekat sesi pembelajar­an bersemuka.

“Hal paling utama ditekankan di sini selain disiplin adalah pendidikan agama. Selain itu, setiap 706 penghuni memiliki kelebihan (Foto Nazri Abu Bakar/bh)

masing-masing jadi mereka dibentuk kecenderun­gan itu,” katanya.

Sementara itu Apol, 20 tidak pernah menyangka mampu meraih 7A selepas ditempatka­n di sekolah berkenaan pada 2019 atas kesalahan dadah.

Katanya, sebelum ini hidupnya terumbang-ambing dan terperangk­ap dengan dadah sebelum ditangkap dan di tempat di situ pada usia 17 tahun.

“Kejayaan ini tidak pernah saya sangka. Ia hadiah dari Allah SWT atas sokongan ibu, kakitangan di sini dan rakan-rakan lain. Saya mahu fokus dalam pelajaran dan menyusun kembali hidup,” kata anak bongsu daripada tujuh adik

Pengarah SHGTMAS, PKP beradik yang ingin menjadi jurutera.

Sementara itu Ebal, 21 berkata, ibunya sudah terlalu banyak menangisi kesilapann­ya dan kejayaan memperoleh 6A adalah hadiah yang mampu diberi setakat ini.

Dia yang akan tamat hukuman dan dibebaskan September depan positif untuk berjaya dalam kehidupan kerana tidak sanggup lagi melihat ibunya menangis.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia