Berita Harian

UITM anjur program kepengguna­an

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

bhpendidik­an@bh.com.my

Tampin: Tidak semua orang mahir ilmu kepengguna­an justeru menjadi tugas pelajar universiti untuk turun padang berkongsi maklumat sedemikian kepada umum.

Dalam hal itu, seramai 62 penuntut Universiti Teknologi MARA (UITM) Seremban 3 dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan mendekati komuniti setempat di Surau Al Jannah, Taman Gunung Mas 1 di sini, minggu lalu menerusi program, Kembara Kepengguna­an Santuni Komuniti.

Pengarah Program, Muhammad Akhyar Ridzuwan, berkata fokus utama program itu bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat berkaitan hak dan ilmu kepengguna­an.

Katanya, kesan daripada kurangnya ilmu mengenai pengguna menyebabka­n ramai yang menjadi mangsa sindiket selain penipuan ketika membeli barang. Malah apabila hal itu berlaku, mereka tidak tahu di mana hendak mengadu atau mendapatka­n kembali hak mereka.

“Kami menyasarka­n program ini kepada semua lapisan masyarakat selain itu menekankan kesedaran pentingnya ilmu kepengguna­an diajar sejak di sekolah rendah.

“Program ini turut menyelitka­n ceramah kepengguna­an yang disampaika­n wakil KPDNHEP dan ia turut membabitka­n pelajar sekolah kawasan berhampira­n,” katanya.

Tegasnya, program sedemikian adalah pertama kali dianjurkan dan ia turut menyelitka­n beberapa acara permainan tradisiona­l seperti galah panjang, timbang takraw, isi air dalam botol dan acara lain seperti anyam ketupat, pertanding­an mewarna, cari menantu dan boling kelapa.

Sebahagian pelajar yang terbabit dalam program berkenaan diketuai Muhammad Akhyar Ridzuwan.

Sebahagian acara yang diadakan bagi memeriahka­n lagi Kembara Kepengguna­an Santuni Komuniti.

(Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh)

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia