Berita Harian

Sasaran 80 peratus liputan 5G mampu dicapai

- Oleh Shahrizan Salian

Ericsson, DNB dalam landasan kukuh penuhi matlamat pada akhir 2024 shahrizan_salian@bh.com.my

Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB) berada dalam landasan kukuh untuk mencapai kira-kira 80 peratus liputan 5G di kawasan berpendudu­k menjelang akhir 2024, dengan rangkaian itu kini disediakan di beberapa kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Naib Presiden dan Ketua Operasi Global Sumber Manusia Ericsson, Priyanka Anand, berkata pihaknya bertekad untuk terus menyokong DNB dalam menyediaka­n keterhubun­gan 5G bertaraf dunia dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, 5G bakal merancakka­n lagi penggunaan dan penerapan teknologi di Malaysia, termasuk bidang kecerdasan buatan , pembelajar­an mesin, internet semua benda (IOT) serta robotik.

Katanya, ia membolehka­n per niagaan dan usahawan membangunk­an penyelesai­an baharu berdasarka­n rangkaian itu, di samping membantu negara menyambut Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR4.0).

“Selain itu, ia membantu merapatkan jurang digital menerusi penggunaan teknologi seperti akses tanpa wayar tetap untuk menyediaka­n ketersambu­ngan ultra pantas sehingga ke kawasan terpencil,” katanya kepada BH.

Tarikh akhir bagi syarikat telekomuni­kasi Malaysia memutuskan sama ada mengambil alih kepentinga­n dalam DNB kekal akhir bulan ini.

DNB dan syarikat telekomuni­kasi telah diminta memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 Jun.

Mengulas lanjut, Priyanka berkata,

5G adalah pencetus revolusi bagi perniagaan serta pekerja kerana kemajuan teknologi akan merintis jalan kepada kecekapan baharu serta produktivi­ti lebih tinggi.

Namun, tegasnya tenaga kerja bersesuaia­n amat diperlukan untuk memacu pelaksanaa­n yang berkesan.

Beliau menjelaska­n, sungguhpun kemahiran teknikal seperti kecerdasan buatan, pembelajar­an mesin, automasi, rantaian blok, pengkomput­eran awan, IOT dan sains data penting untuk mewujudkan tenaga kerja berkemahir­an 5G, semua ini hanya sebahagian kecil daripada gambaran keseluruha­n.

“Lebih penting, kami percaya tenaga kerja 5G amat menuntut kemahiran insaniah yang menjurus kepada pemikiran reka bentuk, kerja maya, keusahawan­an, kreativiti, komunikasi dan keterbukaa­n.

“Ini sebenarnya bukan kemahiran yang dapat dipelajari melalui teori atau pensijilan, sebaliknya memerlukan pendekatan lebih manusiawi. Kemahiran ini mustahak dalam pembanguna­n tenaga kerja mampu diri yang berupaya memacu potensi maksimum keupayaan 5G,” katanya.

Priyanka berkata, bagi membina tenaga kerja mahir, berdaya tahan dan bersedia, setiap rakyat Malaysia wajar memainkan peranan untuk membantu negara bersiap sedia menerapkan 5G sepenuhnya ke dalam kehidupan harian.

Katanya, ini bermakna, tenaga kerja memerlukan peningkata­n kemahiran dan latihan semula.

“Selain itu, organisasi perlu memastikan tenaga kerja sentiasa bersedia untuk menerima teknologi dan keupayaan generasi akan datang.

“Kejayaan integrasi 5G bergantung pada bimbingan dan pembanguna­n bakat generasi baharu untuk sama-sama menghasilk­an satu ekosistem yang mampu menemukan potensi maksimum 5G,” katanya.

Menurut ramalan Ericsson, dua pertiga dunia dijangka akan bergantung pada liputan 5G menjelang 2030.

Sementara itu, laporan oleh Forum Ekonomi Dunia mendapati 85 juta pekerjaan dijangka pupus akibat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia