Berita Harian

Pasaran hartanah perlu sokongan pembeli asing

-

Pasaran hartanah tempatan memerlukan sokongan belian daripada pembeli asing untuk terus berkembang rancak pada masa akan datang.

Presiden Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa (FIABCI) Malaysia, Datuk Seri Koe Peng Kang, berkata pergantung­an kepada pembeli domestik tidak mencukupi untuk terus memacu kerancakan pertumbuha­n pasaran hartanah tempatan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu menggalakk­an pembelian hartanah oleh pembeli asing terutama membabitka­n projek mewah yang boleh dilaksanak­an menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan menjadikan prosesnya lebih mudah dan kurang ketat.

“Kerajaan perlu berfikir kaedah menjadikan Malaysia tempat lebih baik untuk tinggal dan bersara bagi orang asing. Lihat pasaran hartanah di Melbourne (Australia), permintaan (hartanah) tidak akan kukuh jika tidak ada pembeli asing dari Malaysia, Singapura dan China.

“Jika mahu pasaran hartanah berkembang, kita tidak boleh bergantung kepada pembeli tempatan saja,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP

Setia Bhd turut menyaranka­n pemaju tempatan meneroka pasaran luar negara bagi mengembang­kan perniagaan ke pasaran lebih besar.

Katanya, terdapat banyak peluang pertumbuha­n untuk syarikat hartanah Malaysia di luar negara, terutama pasaran sedang membangun yang menyediaka­n peluang pertumbuha­n cerah.

“Sebagai Presiden FIABCI Malaysia,

Koe Peng Kang

saya ingin memupuk semangat perintis dalam kalangan syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar,” katanya.

Sementara itu, Peng Kang berkata, pasaran hartanah tempatan mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­an dengan keadaan semasa dan pulih sepenuhnya.

Katanya, permintaan untuk hartanah dengan harga dan konsep yang baik masih mendapat

Naib Presiden dan Ketua Operasi Global Sumber Manusia Ericsson perkongsia­n tugasan antara manusia dengan mesin menjelang 2025.

Bagaimanap­un, laporan itu juga menyatakan 97 juta jenis peranan baharu bakal muncul seiring dengan pembahagia­n tugasan antara manusia, mesin dan algoritma.

Sehubungan itu, 5G adalah penyelesai­an kos efektif dan jaminan masa depan untuk menangani jurang digital.

Rangkaian 5G yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan selamat akan membentuk asas bagi ekosistem digital yang pesat, dengan adanya peningkata­n akses kepada internet dan perkhidmat­an terhubung yang berkualiti tinggi seperti pendidikan, kesihatan dan pertanian. sambutan menggalakk­an daripada pembeli terutama harga di bawah RM500,000.

“Bagi pemaju, jika mempunyai konsep yang baik, membeli tanah pada harga berpatutan dan masih cekap, anda masih boleh menangani cabaran pasaran,” katanya.

Beliau berkata, SP Setia juga tidak membuat semakan semula harga produknya meskipun berdepan peningkata­n kos ketika ini, dengan mengambil langkah menyerap beberapa kos tambahan termasuk melaksanak­an penjimatan untuk tidak menaikkan harga hartanah.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia