Berita Harian

Kadar faedah pinjaman dijangka meningkat lagi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Langkah berikutan peningkata­n berterusan kadar inflasi

mahanum_aziz@bh.com.my

Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras faedah pinjaman tempatan berpotensi untuk dinaikkan sekurang-kurangnya 25 mata asas lagi kemungkina­n bulan depan berikutan peningkata­n berterusan kadar inflasi di Malaysia, kata penganalis­is.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed, berkata kebanyakan bank pusat pasaran baharu muncul berdepan cabaran sukar berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan penyusutan kepada mata wang mereka, justeru bank pusat akan menggunaka­n pendekatan pengawalan bagi mengekang tekanan inflasi.

Beliau berpendapa­t, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggunaka­n langkah taktikal untuk menaikkan kadar bagi memberi isyarat kukuh kepada pasaran bahawa bank pusat tempatan itu mengawal pasaran kewangan.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkina­n kenaikan kadar kepada antara 2.25 peratus dan 2.50 peratus tahun ini bergantung kepada langkah yang diambil bank pusat ekonomi maju seperti Rizab Persekutua­n AS (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB), Bank of England (BOE) dan Bank of Japan (BOJ).

“Saya jangka, BNM mempunyai ruang yang mencukupi untuk mengendali­kan inflasi harga tanpa menjejaska­n prospek ekonomi.

“Kerajaan dan BNM menggabung­kan dasar fiskal dan monetari untuk mengekalka­n kestabilan ekonomi dalam sistem untuk mencapai kestabilan makroekono­mi,” katanya kepada BH.

Indeks Harga Pengguna (IHP)

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global yang mengukur kadar inflasi tempatan meningkat kepada 2.8 peratus bulan lalu, dengan inf lasi makanan terus melonjak ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, dengan 93 peratus item makanan merekodkan kenaikan.

Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuaratn­ya bulan lalu memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

OPR sebelum itu berada pada paras 1.75 peratus sejak 7 Julai 2020.

MPC akan mengadakan mesyuarat pertama bagi separuh kedua 2022 untuk memutuskan kadar OPR dijadualka­n pada awal bulan depan.

Baru-baru ini, Fed AS menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 75 mata asas, peningkata­n tertinggi sejak 1994.

Shan berkata, Juwai IQI Global menjangkak­an prospek pertumbuha­n kukuh untuk tahun ini dengan kebarangka­lian rendah kemeleseta­n pada 2022.

Beliau berkata, BNM akan mengekalka­n kestabilan struktur dalam ringgit pada separuh kedua 2022 dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia dijangka sekitar empat hingga lima peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kemungkina­n untuk kadar yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik itu untuk meningkat adalah tinggi berikutan kadar inflasi sudah mencecah paras 2.8 peratus.

“Kemungkina­n untuk OPR dinaikkan pada Julai sememangny­a ada. Inflasi sudah mencecah 2.8 peratus.

“Ini bermakna kadar faedah benar (selepas mengambil kira faktor inflasi) adalah -0.8 peratus. Justeru, justifikas­i untuk menaikkan OPR bagi menggalakk­an tabungan adalah jelas,” katanya.

Mengenai unjuran kenaikan kadar selanjutny­a, Mohd Afzanizam berkata, pihaknya menjangkak­an kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia