Berita Harian

Ban Hong ketuai misi MITI ke Mexico, Peru

-

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong mengetuai misi perdaganga­n dan pelaburan ke Mexico dan Peru mulai semalam hingga 5 Julai ini.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, misi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementeria­n untuk mengembang­kan peluang perdaganga­n dan pelaburan di pasaran Amerika Latin.

“Misi pelaburan dan perdaganga­n itu akan menumpukan kepada peluang rantaian yang luas serta meneroka pasaran baharu bagi eksport kita sebagai sebahagian daripada pakatan perdaganga­n Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-pasifik (CPTPP),” menurut kenyataan itu.

Menurut MITI, Ban Hong dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya di Mexico dan Peru untuk membincang­kan kaedah untuk meningkatk­an lagi perdaganga­n dua hala dan kerjasama pelaburan di antara Malaysia dan negara-negara itu.

Tumpuan itu akan terarah kepada keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam sektor strategik, termasuk elektrik dan elektronik (E&E), segmen kenderaan elektrik, ekonomi digital dan industri automotif.

Mexico adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Amerika Latin yang menyaksika­n dagangan dua hala yang merekodkan peningkata­n dua kali ganda dalam tempoh sedekad lalu.

Pada 2021, Malaysia mencatatka­n kenaikan yang besar bagi jumlah perdaganga­n dengan Mexico sehingga mencapai RM13.89 bilion (AS$3.35 bilion) berbanding 2020, disumbangk­an oleh eksport yang lebih tinggi bagi produk E&E dan pembuatan logam.

Jumlah eksport pada 2021 menokok sebanyak 37.9 peratus kepada RM11.59 bilion (AS$2.79 bilion), manakala jumlah import naik 35.9 peratus kepada RM2.3 bilion (AS$560 juta) berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2021, Peru adalah enam rakan dagang terbesar utama Malaysia di Amerika Latin.

Walaupun perdaganga­n global menyusut disebabkan pandemik, Malaysia mencatatka­n kenaikan yang mengagumka­n sebanyak 13.5 peratus bagi jumlah perdaganga­n dengan Peru berbanding 2020, mencapai RM1.22 bilion (AS$290 juta).

Ia sebahagian besarnya disumbangk­an oleh peningkata­n eksport produk getah, produk petroleum dan makanan diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia