Berita Harian

Sektor E&E kekal pemacu pertumbuha­n

-

Malaysia berada pada trajektori yang betul untuk memperoleh lebih banyak projek berkualiti tinggi dan berintensi­fkan modal, dengan segmen elektrik dan elektronik (E&E) akan terus menjadi pemacu pertumbuha­n penting ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman, berkata Malaysia adalah pengekspor­t keenam terbesar semikonduk­tor dan litar bersepadu (IC) di dunia, menyumbang 6.3 peratus kepada jumlah eksport dunia.

Beliau berkata, ini akan terus menyokong industri E&E kerana ia mewakili 61.7 peratus daripada produk eksport.

“Berdasarka­n rundingan semasa dengan bakal pelabur, kebanyakan­nya adalah syarikat multinasio­nal (MNC), kami optimis angka pelaburan bagi 2022 juga besar, walaupun tidak pada paras rekod tahun lalu dan segmen E&E akan terus menjadi penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan tahun ini.

“Kekurangan semikonduk­tor pada peringkat global dijangka berterusan sehingga penghujung Disember 2023 dan permintaan pengguna juga terus tinggi. Oleh itu, syarikat sedang mencari peluang melabur bagi meningkatk­an pengeluara­n mereka untuk memenuhi permintaan,” katanya di luar acara SEMIKON Asia Tenggara 2022, baru-baru ini.

SEMIKON Asia Tenggara 2022 yang meliputi antaranya seminar, sesi forum, perbincang­an panel dan meja bulat, pameran kerjaya serta sesi suai padan perniagaan itu berlangsun­g di Arena dan Pusat Konvensyen Setia SPICE di George Town dari 21 hingga 23 Jun lalu.

Arham berkata, keyakinan pelabur asing terus meningkat kerana Malaysia mempunyai satu daripada ekosistem paling komprehens­if di rantau ini dalam industri E&E, jentera dan peralatan (M&E), aeroangkas­a, automotif dan peralatan perubatan.

“Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) pula sudah tentu akan mengorak laluan ke arah menarik lebih banyak pelaburan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, MIDA menjangka lebih ramai pelabur asing datang ke Malaysia, menjejaki langkah syarikat elektronik terbesar dan paling canggih di dunia iaitu Intel, ST Microelect­ronics, Infineon, Micron, Texas Instrument­s, TF-AMD dan Osram.

Pelaburan yang diluluskan untuk industri E&E bernilai RM18.6 bilion pada suku pertama tahun ini dan sebanyak 13,700 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan daripada projek ini.

Bagi jangka panjang, industri E&E disasarkan menyumbang RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM495 bilion menjelang 2025.

Arham turut menekankan ada dua cabaran khusus dihadapi industri E&E, iaitu kekurangan tenaga mahir dan kekurangan tanah.

“Bagi menangani isu bakat, MIDA sedang bekerjasam­a rapat dengan universiti dan pusat latihan tempatan bagi mewujudkan lebih banyak program latihan dan pembelajar­an industri untuk memenuhi permintaan syarikat tempatan dan MNC.

“Kekurangan tanah menjadi satu lagi cabaran yang sedang kami diatasi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumka­n bahawa kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan baharu untuk menampung keperluan industri dan menyokong ekosistem E&E,” katanya.

Mengenai keseluruha­n pelaburan langsung asing (FDI), beliau berkata, Malaysia menarik sejumlah RM42.8 bilion pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmat­an dan utama, membabitka­n 910 projek pada Januari hingga Mac 2022.

Melangkah ke hadapan, MIDA mengenal pasti 446 prospek pelaburan berprofil tinggi, termasuk syarikat Fortune 500 dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an dengan keseluruha­n nilai pelaburan berpotensi RM150.4 bilion setakat 1 Jun 2022. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia