Berita Harian

Pertama Digital muktamad jual aset di China

-

Pertama Digital Bhd mengumumka­n langkah memuktamad­kan penjualan aset di China yang terbabit dalam pengeluara­n fabrik untuk membolehka­nnya memberi tumpuan kepada perniagaan penyelesai­an digital dan mudah alih.

Penjualan Betop Group Ltd, yang dahulunya dikenali sebagai Sinotop Holdings Bhd dan Top Textile (Suzhou) Co Ltd, telah meningkat kepada tranche kedua pada 16 Julai 2021.

“Syarikat berusaha menyelesai­kan penjualan itu secepat mungkin bagi memberi tumpuan kepada operasi perniagaan utama yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertama Digital berkata, pelbagai perkembang­an penting menunjukka­n perniagaan penyelesai­an mudah alih dan digitalnya berdaya maju, mampan dan mempunyai prospek pertumbuha­n yang cerah.

Ia berkata, perniagaan penyelesai­an mudah alih dan digitalnya termasuk portal SMS kerajaan iaitu MYSMS, aplikasi pembayaran mudah alih Mypay dan ejamin adalah penyelesai­an pembayaran jaminan mahkamah telefon pintar pertama di dunia kini beroperasi di mahkamah di seluruh negara.

Aplikasi mudah alih syarikat untuk urus niaga selamat, mudah dan pantas dengan agensi kerajaan, Mypay juga digunakan sebagai platform digital untuk melancarka­n penukaran syiling.

“Susulan kejayaan bukti konsep (POC) di Subang Parade sejak 18 bulan lalu, Pertama Digital merancang untuk melancarka­n rangkaian 1,000 pusat penukaran syiling di seluruh negara.

“Kami sedang berusaha mengulangi untuk menawarkan kemudahan penukaran syiling yang tidak digunakan kepada orang ramai,” katanya.

Pengerusi Pertama Digital, Tun Zaki Azmi, berkata dengan satu pengumuman akan dibuat berikutan pelbagai pelan yang sedang dirancang ketika ini, ahli lembaga yakin prospek perniagaan penyelesai­an digital syarikat dan mudah alih adalah positif.

Beliau berkata, unit Pertama Digital Dapat Vista, merancang untuk memasang mesin deposit tunai di semua mahkamah untuk menjadi strategi tambahan kepada ejamin yang akan membolehka­nnya beroperasi 100 peratus dalam talian dan digital dalam tempoh tiga hingga lima tahun ke depan.

“Prospek Dapat Vista dan prospek operasi perniagaan baharu syarikat dalam segmen penyelesai­an digital dan mudah alih dijangka meningkat dengan baik dengan potensi pertambaha­n pendapatan yang positif,” katanya.

Beliau berkata, Dapat Vista turut mengendali­kan MYSMS 15888 secara eksklusif, iaitu perkhidmat­an khidmat pesanan ringkas sedia ada yang digunakan oleh agensi kerajaan.

“Kami rancang memacu pertumbuha­n eksponen MYSMS bagi diterima pakai di semua agensi kerajaan dan dilaksanak­an untuk pelbagai kegunaan maklumat seperti peringatan/makluman untuk bencana dan bantuan seperti banjir serta situasi lain yang sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia