Berita Harian

UMW sasar tanam 300,000 pokok bakau tahun depan

-

UMW Holdings Bhd menyasarka­n untuk menanam 300,000 pokok bakau di sepanjang pesisiran pantai di negara ini menjelang 2023, menurut Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata, inisiatif Pucuk Hijau UMW itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentinga­n kelestaria­n alam sekitar dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

“Kita cukup sedar isu kelestaria­n alam sekitar bukan perkara yang akan merencatka­n pertumbuha­n ekonomi, sebaliknya, pelaburan jangka panjang yang memberi pulangan berganda.

“Oleh itu, ekosistem paya bakau dikenal pasti sebagai tanaman terbaik yang boleh melindungi bumi daripada ancaman perubahan iklim dan pemanasan global dengan penyerapan karbon atmosfera lebih lima kali ganda per hektar berbanding hujan tropika,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pantai Sri Tujoh, Tumpat, kelmarin.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah berkata, agenda kelestaria­n adalah peluang cukup besar kepada entiti korporat menerusi penggunaan teknologi baharu yang dapat menyelesai­kan pencemaran alam sekitar, selain kaedah penjanaan tenaga yang lebih mampan seperti penemuan bateri sel bahan bakar hidrogen untuk kegunaan bermotor.

“Bukan hanya peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan, malah pelaburan hijau juga mampu memangkin sektor ekonomi yang mempunyai kesan pengganda yang meluas.

“Pelaburan sebegini juga adalah kaedah pengurusan risiko bagi peserta industri kerana ia dapat mengelakka­n pelbagai kos pasca bencana yang jauh lebih besar dan boleh menjejaska­n penciptaan nilai jangka panjang oleh kumpulan korporat,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Sebahagian peserta menanam anak pokok bakau di kawasan yang dikhaskan sempena pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh, kelmarin.
(Foto BERNAMA) Sebahagian peserta menanam anak pokok bakau di kawasan yang dikhaskan sempena pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia