Berita Harian

Bursa diunjur melantun semula

-

Aktiviti belian ketika harga rendah sokong pasaran

Bursa Malaysia dijangka mengalami lantunan terlebih jual minggu ini selepas pembetulan ketara yang dilihat sejak tiga bulan lalu, dengan bergerak dalam julat 1,450 hingga 1,480, kata peniaga.

Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata dalam melangkah ke hadapan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran dijangka meningkat semula lebih tinggi susulan aktiviti pembelian ketika

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengalami pembetulan teknikal minggu ini dengan bekalan tinggi dalam pasaran mempengaru­hi harga.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata stok lebih tinggi di Malaysia dan Indonesia yang secara keseluruha­nnya mencecah lebih enam juta tan dan ditambah dengan musim pengeluara­n di pasaran domestik akan memberi tekanan ke atas harga.

“Data eksport bagi tempoh 1 hingga 20 Jun tidak begitu menggalakk­an dan kita sedang menuju ke arah (kemungkina­n) kemeleseta­n ekonomi yang mana ramai orang hanya akan membeli apa yang mereka perlukan sahaja.

“Oleh kerana inflasi, pembeli akan amat berhati-hati dengan harga,” katanya.

Beliau berkata, walaupun berlaku penjualan bagi MSM barubaru ini, penanam masih meraih keuntungan memandangk­an kos pengeluara­n adalah RM1,600 hingga RM1,800 satu tan.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Julai 2022 merosot RM881 kepada RM4,798 satu tan; Ogos 2022 turun RM822 kepada RM4,702 satu tan; September 2022 yang menjadi penanda aras juga susut RM790 kepada RM4,664 satu tan manakala Oktober 2022 kurang RM761 kepada RM4,668 satu tan. harga rendah memandangk­an pelabur kembali membuat keputusan pelaburan untuk membeli saham berharga tinggi dan rendah.

“Saya akan mengatakan ini sebagai lantunan terlebih jual kerana indeks mengalami keadaan terlebih jual sejak tiga bulan lalu, yang mana bursa tempatan rendah selama 10 daripada 12 minggu. Ini dianggap sebagai terlalu terlebih jual.

“Bagaimanap­un, pasaran kita keseluruha­nnya mengatasi pasaran serantau yang lain. Ini bermakna pembetulan kita adalah rendah kerana data ekonomi kita masih berdaya tahan. Perbelanja­an pengguna masih kukuh,” katanya.

Lantunan terlebih jual merujuk kepada kenaikan kukuh berterusan harga sekuriti selepas jualan yang dianggap terlalu teruk. Ketika lantunan terlebih jual, harga sekuriti dengan cepat meningkat ke tahap sejajar dengan penilaiann­ya.

Nazri Khan juga berkata, Bursa

Jumlah dagangan meningkat kepada 438,658 lot daripada 397,816 lot minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 215,808 kontrak daripada 298,491 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan mengakhiri dagangan minggu lalu pada RM4,900 satu tan berbanding dengan Jun Selatan pada RM6,550 satu tan pada Jumaat minggu sebelumnya.

BERNAMA

Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan penurunan pada minggu ini berikutan ketidakten­tuan ekonomi global akan menjejaska­n permintaan terhadap komoditi itu.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low, berkata wujud kebimbanga­n mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik yang sedang berlaku di Ukraine dan sekatan yang melemahkan

Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat, disokong oleh angka Indeks Harga Pengguna (IHP) negara, yang meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada 126.6 pada Mei 2022 berbanding dengan 123.1 pada Mei 2021.

“Kita secara relatifnya adalah lebih baik dari segi data ekonomi, sentimen dan pergerakan FBM KLCI kerana didorong oleh saham komoditi yang menyokong pasaran saham kita yang luas, terutama (berkaitan dengan) minyak mentah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak peluang untuk dimanfaatk­an memandangk­an saham dilihat lebih murah dan dividen lebih tinggi, ditambah pula dengan banyak pemangkin untuk meredakan penurunan ketara, walaupun pasaran mungkin menyaksika­n aliran menurun dalam jangka masa sederhana.

Bagi dagangan minggu yang baru berakhir, bursa tempatan mencatatka­n prestasi bercampur-campur ekoran tekanan jualan yang tinggi dan sentimen dan menjejaska­n negara lain.

Harga minyak dan gas asli kekal tinggi dan memberi kesan buruk kepada proses pemulihan global pasca pandemik, manakala perdaganga­n dan permintaan getah akan terkesan berikutan kos pengeluara­n dan buruh meningkat, manakala permintaan masih lembap.

“Kami percaya pasaran akan kekal dalam jajaran kecil dengan kecenderun­gan kepada penurunan,” katanya.

Difahamkan permintaan terhadap sarung tangan getah merosot mendadak dengan pengeluar hanya beroperasi pada kapasiti kira-kira 50 peratus.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata, harga di pasaran tempatan dijangka menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan penanda aras harga minyak mentah ketika risiko kemeleseta­n global susulan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed).

“Pasaran turut dijangka memantau pelabur berhati-hati terhadap kebimbanga­n mengenai inflasi apabila sentimen pasaran bertambah baik di seluruh rantau.

Pada Jumaat, FBM KLCI meningkat 5.65 mata atau 0.39 peratus kepada 1,436.70 daripada 1,431.05 ketika ditutup pada Khamis.

Berasaskan mingguan, indeks penanda aras itu turun 20.04 mata daripada 1,456.74 yang dicatatkan pada akhir minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBMT100 merosot 138.83 mata kepada 9,998.18; Indeks FBM Emas Syariah turun 111.85 mata kepada 10,414.64; Indeks FBM Emas kurang 140.48 mata kepada 10,257.39; FBM ACE menguncup 64.09 mata kepada 4,769.89 dan FBM 70 susut 170.26 mata kepada 12,444.15.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n merosot 300.50 mata kepada 6,917.73; Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 3.03 mata kepada 183.37 manakala Indeks Tenaga keputusan AS untuk membatalka­n tarif ke atas barangan China daripada Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang akan datang,” kata peniaga.

Berasaskan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 merosot enam sen kepada RM7.04 satu kilogram, manakala susu getah pukal susut 25.5 sen kepada RM5.97 satu kilogram.

Pada jam 5 petang Jumaat, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada RM7.01 satu kilogram, manakala susu getah pukal pada RM5.92 satu kilogram.

BERNAMA

Ringgit dijangka meningkat sambil bergerak dalam jajaran kecil pada sekitar 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini berikutan sentimen pasaran yang bercampurc­ampur, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata maklumat data utama dari AS akan menjadi teras inflasi perbelanja­an penggunaan peribadi (PCE) pada Mei serta indeks harga rumah, Indeks S&P Case Shiller yang dijangka kekal meningkat.

“Konteks itu akan berterusan di sekitar peningkata­n tekanan inflasi yang memerlukan Rizab Persekutua­n AS untuk kekal dengan kecenderun­gan menaikkan kadar faedah dalam pendirian monetariny­a.

“Data Indeks Harga Pengguna Malaysia terkini yang menokok kurang 42.40 mata kepada 677.49.

Indeks Perkhidmat­an Kewangan pula susut 341.39 mata kepada 15,964.45, Indeks Penjagaan Kesihatan menguncup 20.07 mata kepada 1,649.74 dan Indeks Teknologi turun 0.38 mata kepada 62.62.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 12.96 bilion unit bernilai RM8.49 bilion daripada 13.95 bilion unit bernilai RM11.06 bilion minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 7.81 bilion saham bernilai RM7.07 bilion daripada 8.34 bilion saham bernilai RM9.84 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran sebanyak 2.41 bilion unit bernilai RM1.41 juta berbanding dengan 2.64 bilion unit bernilai RM468.76 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 2.73 bilion saham bernilai RM907.96 juta daripada 2.95 bilion saham bernilai RM745.40 juta minggu lalu.

BERNAMA kepada 2.8 peratus pada Mei 2022 berbanding 2.3 peratus pada Mei 2021 menunjukka­n Bank Negara Malaysia mungkin cenderung untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) untuk merapatkan jurang kadar inflasi,” katanya.

Katanya, OPR yang berkemungk­inan meningkat akan memberi sedikit dorongan kepada ringgit, walaupun kebimbanga­n mengenai kemeleseta­n AS yang turut bertambah.

“Sehubungan itu, sentimen pasaran akan terus berhati-hati, menyebabka­n ringgit dalam julat yang kecil berbanding dolar AS,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding dolar AS berikutan unjuran lemah terhadap ekonomi global yang mendorong lebih ramai pelabur untuk beralih kepada mata wang negara pesat membangun.

Berasaskan mingguan, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4010/4045 pada Jumaat berbanding 4.4000/4040 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama berasaskan Jumaat hingga Jumaat.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1710/1740 daripada 3.1753/1786 pada minggu sebelumnya, naik berbanding yen kepada 3.2590/2621 daripada 3.2655/2688 dan meningkat berbanding pound kepada 5.4128/4171 daripada 5.4208/4257 sebelum ini.

Bagaimanap­un, ia susut berbanding euro kepada 4.6444/6481 daripada 4.6314/6357 minggu sebelumnya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia