Berita Harian

Indonesia sasar enam juta motosikal elektrik menjelang 2025

-

Jakarta: Indonesia menyasarka­n enam juta motosikal elektrik di jalan raya di seluruh negara menjelang 2025 sebagai sebahagian daripada usaha mengurangk­an pelepasan karbon dan menjimatka­n penggunaan bahan api fosil.

“Dalam menjayakan inisiatif itu, kerajaan membabitka­n pelbagai pihak berkepenti­ngan, termasuk perusahaan milik kerajaan untuk mencapai sasaran berkenaan,” kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga dan Sumber Mineral, Ego Syahrial di luar Mesyuarat Kumpulan Kerja Peralihan Tenaga (ETWG) G20 Indonesia pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, kerjasama itu tertumpu untuk melaksanak­an program penukaran tenaga dan pembanguna­n infrastruk­tur yang boleh menyokong ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.

“Pelaksanaa­n program itu akan dapat menjimatka­n bahan api kirakira 13 juta tong setahun atau bernilai Rp16 trilion (RM4.7 bilion) setahun, mengurangk­an pelepasan karbon empat juta tan setahun, dan meningkatk­an penggunaan elektrik sebanyak 2.4 terawatt-jam setahun,” katanya.

Memetik laporan portal berita antaranews.com, kementeria­n menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan firma elektrik negara, PLN dan syarikat minyak dan gas negara, Pertamina bagi program penukaran kepada motosikal elektrik.

Satu lagi MOU turut ditandatan­gani antara PLN dan Bank Mandiri, BRI, BNI, dan BTN untuk kredit pemilikan kenderaan elektrik serta pembanguna­n infrastruk­tur stesen pengecas kenderaan elektrik awam.

Menurut Syahrial, program penukaran e-motosikal adalah satu langkah yang baik kerana ia akan memberi peluang kepada generasi muda untuk memperoleh kemahiran baharu, membuka pekerjaan baharu, dan meningkatk­an pengeluara­n komponen tempatan.

Sementara itu, Presiden Pengarah PLN, Darmawan Prasodjo, berkata program menukar motosikal petrol kepada motosikal berkuasa elektrik mampu mempercepa­tkan peralihan tenaga, mengurang kan import dan subsidi bahan api fosil, serta menjimatka­n pertukaran mata wang asing negara.

“Menggunaka­n kenderaan elektrik boleh mengurangk­an pelepasan karbon, memandangk­an satu daripada sumbangan pelepasan karbon terbesar hari ini datang daripada sektor pengangkut­an,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia