Berita Harian

Arab Saudi lengkapkan fasiliti kesihatan jemaah

-

Riyadh: Kementeria­n Kesihatan (MOH) Arab Saudi sudah menyediaka­n perkhidmat­an kepada 216,981 jemaah haji yang memasuki negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut hingga 20 Jun lalu.

Menurut kementeria­n itu, ia memberi rawatan pencegahan untuk meningitis kepada 10,101 jemaah, manakala vaksin polio kepada 31,936 jemaah dan vaksin demam kuning (12,145).

Jumlah jemaah yang mendapat perkhidmat­an rawatan dan pencegahan melalui pintu masuk udara sehingga Isnin lalu mencecah 209,865 jemaah atau 97 peratus daripada jumlah ketibaan melalui semua pintu masuk, menurut MOH.

Kementeria­n itu berkata, bagi laluan darat, jumlah jemaah yang mendapat perkhidmat­an rawatan dan pencegahan membabitka­n 4,626 jemaah atau dua peratus dan seramai 2,490 jemaah atau satu peratus mendapat perkhidmat­an di pintu masuk laluan laut.

Memetik laporan Saudi Gazette, jumlah jemaah yang mematuhi syarat kesihatan meningitis mencecah 211,826 jemaah haji, iaitu pada kadar 98 peratus, manakala 100 peratus atau 3,137 jemaah mematuhi syarat kesihatan polio mulut.

Bagi syarat kesihatan demam kuning pula, jumlah jemaah yang mematuhiny­a mencecah 11,522 jemaah haji, dengan peratusan 95 peratus.

Sebagai persiapan menghadapi musim haji 1443 Hijrah, Kementeria­n Kesihatan melengkapk­an kemudahan kesihatann­ya untuk menyediaka­n perkhidmat­an rawatan kepada jemaah haji di Makkah, tapak suci dan Madinah.

Jumlah hospital yang lengkap mencecah 25 hospital, yang disokong oleh 156 pusat kesihatan, manakala ia turut meningkatk­an kapasiti hospital klinikal kepada 5,000 katil.

Jumlah katil yang diperuntuk­kan

Kementeria­n Kesihatan Arab Saudi sediakan perkhidmat­an kepada jemaah haji di pintu masuk udara, darat dan laut

untuk unit rawatan rapi (ICU) mencecah 1,053 katil, dan katil yang diperuntuk­kan untuk strok haba pula mencecah 241 katil.

Jumlah kader kesihatan yang layak berkhidmat untuk jemaah merangkumi kira-kira 25,000 pengamal kesihatan.

Kementeria­n Kesihatan turut menyediaka­n pusat perubatan dalam kereta api Al-mashaer dan Al-haramain, serta menggiatka­n usahanya di kawasan tengah Masjidil Haram.

Antara persiapan haji, MOH turut menyediaka­n 180 ambulans, selain menubuhkan 17 pusat kecemasan di kemudahan jambatan Jamarat di Mina. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia