Berita Harian

Korban bah di Bangladesh meningkat kepada 82 orang

-

Dhaka: Banjir akibat hujan lebat bermusim dan arus deras sungai di Bangladesh mengorbank­an 82 orang sejak bulan lalu, kata pihak berkuasa.

Menurut laporan harian banjir Pusat Gerakan Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan pada Sabtu, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat lemas di kawasan yang dilanda banjir sejak 17 Mei hingga 25 Jun.

Namun, ada juga mangsa yang maut akibat dipatuk ular, disambar petir dan sebab-sebab lain.

Sekurang-kurangnya sembilan kematian dilaporkan dalam masa 24 jam lalu, setakat pagi Sabtu.

Tujuh maut akibat lemas manakala seorang dipatuk ular dan seorang lagi atas sebab lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia