Berita Harian

Rundingan isu nuklear Iran disambung semula

-

Tehran: Rundingan bagi pemulihan perjanjian nuklear Iran yang dimulakan di Vienna pada April 2021, akan disambung semula beberapa hari lagi selepas terhenti sejak Mac lalu.

Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell ketika membuat lawatan mengejut di Tehran kelmarin, berkata proses itu terhenti susulan perbezaan antara Tehran dan Washington, terutama mengenai tuntutan Iran supaya Kor Pengawal Revolusi Islamnya dikeluarka­n daripada senarai pengganas Amerika Syarikat (AS).

Katanya, rundingan tidak langsung berasingan antara Iran dan AS akan diadakan di bawah pengantara EU di sebuah negara Arab untuk cuba mengatasi masalah sedia ada.

“Kita akan sambung semula perbincang­an mengenai JCPOA (Pelan Tindakan Komprehens­if Bersama) beberapa hari lagi. Maksud saya dengan cepat, serta-merta,” katanya pada sidang media di ibu negara Iran, merujuk kepada perjanjian itu dengan nama rasminya, JCPOA.

Perjanjian nuklear itu tergantung sejak 2018, apabila bekas Presiden AS, Donald Trump secara satu pihak menarik diri dan mula mengenakan sekatan ekonomi ke atas musuh ketat republik itu.

Pentadbira­n penyandang Presiden AS, Joe Biden yang berusaha memeterai kembali perjanjian itu, berkata ia akan menjadi jalan terbaik dengan Iran.

“Kami bersetuju lawatan hari ini akan disusuli dengan penyambung­an semula rundingan, juga antara Iran dan AS yang dibantu pasukan saya bagi menyelesai­kan isu tertangguh,” kata Borrell.

Beliau berkata, rundingan antara Iran dan AS akan diadakan di sebuah negara Teluk bagi mengelakka­n kekeliruan dengan rundingan lebih meluas di Vienna.

“Oleh kerana ia adalah hubungan dua hala antara Iran dan AS, kami lebih suka melakukann­ya di tempat yang berbeza,” katanya.

AFP

Josep Borrell pada sidang media di Tehran.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia