Berita Harian

Taliban beri jaminan tidak ganggu agihan bantuan

-

Susulan gempa bumi di Afghanista­n

Macron selepas membuang undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Parlimen Perancis, semalam.

Wilayah Gayan: Pemerintah Taliban Afghanista­n berikrar tidak akan mengganggu usaha antarabang­sa untuk mengagihka­n bantuan kepada puluhan ribu mangsa gempa bumi.

Negara itu sebelum ini sudah berada dalam cengkaman krisis kemanusiaa­n dengan aliran bantuan, termasuk dalam bentuk kewangan sangat terhad sejak Taliban kembali berkuasa.

Gempa berukuran 5.9 magnitud melanda di timur sepanjang sempadan dengan Pakistan Rabu lalu mengorbank­an lebih 1,000 nyawa selain menyebabka­n ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Organisasi bantuan sebelum ini mendakwa pihak berkuasa Taliban cuba mengalihka­n bantuan ke kawasan pihak yang menyokong pemberonta­kan mereka,

Sukarelawa­n mengagihka­n bantuan kepada mangsa gempa bumi di daerah Gayan, wilayah Paktika.

mahupun merampas barangan untuk diagihkan sendiri.

Bagaimanap­un Khan Mohammad Ahmad, pegawai kanan di wilayah Paktika yang terjejas teruk, memberi jaminan usaha organisasi antarabang­sa memberikan bantuan tidak akan diganggu.

“Sama ada WFP, UNICEF atau mana-mana organisasi lain, masyarakat antarabang­sa mahupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka akan mengedarka­nnya sendiri.

“Pihak bertanggun­gjawab dari Emiriah Islam berada di sini. Ahli kami akan sentiasa bersama mereka (untuk membantu),” katanya, merujuk kepada nama baharu Taliban

bagi Afghanista­n.

Bencana alam itu menimbulka­n cabaran logistik besar bagi kerajaan yang mengasingk­an diri daripada kebanyakan negara di dunia.

Namun, masyarakat antarabang­sa segera bertindak balas terhadap bencana terbaru yang menimpa negara itu dan bantuan mula masuk, walaupun bagi lokasi yang selalunya kurang memerlukan.

“Apa yang tidak diperlukan? Kami perlukan semuanya. Kami masih hidup, tetapi tiada sesiapa yang mendengar dan kami tidak menerima sebarang bantuan setakat ini,” kata Said Wali berkata kepada AFP di daerah Gayan, berhampira­n pusat gempa, kira-kira 200 kilometer di tenggara Kabul.

“Katil dan semua barangan kami tertimbus. Rumah kami musnah, tiada apa-apa lagi. Ketika ini kami perlu wang untuk beli keperluan, pakaian, tilam, peralatan, tepung dan beras,” katanya.

Banyak bangunan di kampung Wali musnah akibat gempa bumi. Dianggarka­n hampir 10,000 rumah musnah yang setiap unit secara purata didiami lebih 20 orang.

Menteri Kesihatan Afghanista­n, Qalandar Ebad yang melawat daerah Gayan, berkata penduduk trauma dengan insiden itu dan enggan pulang ke rumah. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia